• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung jual sendiri Galaxy M20 bersama hadiah Logitech X50

  • OLEH Najib
  • 12:26 pm
  • 25/03/2019
  • Komen
Samsung jual sendiri Galaxy M20 bersama hadiah Logitech X50
Share on FacebookShare on Twitter

Shopee telah dilantik sebagai penjual Galaxy M20, yang dijual secara eksklusif dalam talian sahaja. Samsung Malaysia kini menambah saluran jualan Galaxy M20 dalam talian, menerusi laman web Samsung Malaysia sendiri.

Galaxy M20 kini ditawarkan di Stor Online Samsung Malaysia. Pembeli Galaxy M20 yang berharga RM799 ini akan turut menerima hadiah percuma berupa pembesar suara Bluetooth, Logitech X50 bernilai RM98. Selagi stok masih ada.



Maklumat lanjut serta terma dan syarat pembelian boleh dirujuk di laman promosi Galaxy M20. Pembelian Galaxy M20 di Stor Online Samsung Malaysia pula boleh dibuat di sini.

Galaxy M20 adalah satu peranti Samsung yang menarik dan berbaloi dibeli. Sebelum ini, sukar untuk menemui spesifikasi sebegini pada harga RM799 untuk peranti Samsung. Ia sedikit sebanyak boleh memberi saingan kepada jenama telefon bajet seperti Xiaomi, Honor dan Realme.



Telefon pintar ini dikuasakan cip pemproses Exynos 7904 8-teras 14nm, bersama RAM 4GB dan storan 64GB. Ia datang dengan skrin Infinity-V, paparan TFT bertakuk kecil V, berukuran 6.3-inci dengan resolusi HD Penuh+.

Kamera hadapannya 8MP F2.0 dan terletak di takuk skrin. Manakala kamera belakang adalah dwi-lensa, gabungan lensa utama 13MP F1.9 dan lensa kedua ultra-lebar 5MP.

Pengimbas capjari terdapat di belakang dan tarikan utama telefon ini ialah bateri mega besar 5,000mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 15W dan dicas melalui port USB-C, satu lagi kelebihan yang jarang ada pada telefon di bawah RM1,000.

Kenali Galaxy M20 dengan lebih lanjut menerusi video kami di bawah ini.

Tags: Galaxy M20samsung
Najib

Najib

POPULAR

Samsung jual sendiri Galaxy M20 bersama hadiah Logitech X50

Samsung jual sendiri Galaxy M20 bersama hadiah Logitech X50

25 March 2019
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN