fbpx

Fasha Sandha Terus Tayang Keupayaan Superzum Huawei P30

Minggu lepas, pasangan Fasha Sandha dan Aidil Aziz mendedahkan sejumlah foto perkahwinan mereka yang diambil hanya menggunakan telefon pintar. Menjelang hari persandingan mereka, Fasha sekali lagi menayang kehebatan kamera Huawei P30 yang akan dilancarkan esok.

View this post on Instagram

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Dalam satu utusan Instagram beliau, anda boleh lihat busana pengantin yang bakal digayakan di hari persandingannya. Menggunakan keupayaan superzum P30, anda dapat melihat setiap satu manik yang ditampal pereka fesyen terkenal tahan air, Rizman Ruzaini.

Huawei P30 Akan Mengolah Semula Hukum Fotografi Pada 26 Mac 2019

Pada setiap iterasi siri P, Huawei sudah tentu akan membawakan sesuatu yang baru dan segar pada peminatnya. Misalnya pada siri P20 yang dulu kita dihidangkan dengan konfigurasi trikamera belakang, tapi pada P30 ia diberikan keupayaan superzum.

Sedang hari pelancaran semakin dekat, sedikit demi sedikit maklumat berkaitan telefon yang akan gegarkan dunia fotografi poket terdedah. Berlandaskan tema “Rewrite the Rules”, ia jelas menunjukkan Huawei P30 akan mengangkat standard fotografi pada telefon pintar satu tahap ke atas menjauhi pesaingnya. Nantikan ketibaan Huawei P30 pada 26 Mac 2019.

Saksikan majlis pelancaran Huawei P30 di Paris secara langsung pada pukul 9 malam ini (waktu KL) menerusi twitter @HuaweiMobile, Facebook Huawei Mobile dan saluran YouTube Huawei Mobile.

BACA  Jangan lepaskan peluang diskaun RM900 Mate 20 Pro Di Pesta 11.11