• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

RX0 Mark II Cuba Tambat Hati Vlogger Dengan Skrin Boleh Kilas

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:33 pm
  • 27/03/2019
  • Komen
RX0 Mark II Cuba Tambat Hati Vlogger Dengan Skrin Boleh Kilas
Share on FacebookShare on Twitter

RX0 adalah kamera pertama dalam siri baru yang diperkenalkan Sony bagi memenuhi keperluan pengguna untuk sebuah kamera kompak dan tahan lasak. Dua tahun berlalu selepas Mark I, Sony mengumumkan Mark II yang membawakan satu perubahan drastik.

Masih mengekalkan fizikaliti seperti sebelumnya, RX0 Mark II kini hadir dengan skrin boleh kilas 180 darjah ke atas. Hal ini bermakna, ia kini adalah sebuah kamera untuk vlog yang ideal.



Antara ciri-ciri sebuah kamera vlog yang ideal selain paparan boleh kilas adalah jek untuk mikrofon luar dan ia memang hadir sejak generasi pertama. Selain itu, anda juga boleh gunakan grip khas yang dikeluarkan Sony untuk membantu anda memegang RX0 Mark II.

Tapi ada satu masalah dengan kamera ini yang belum cukup jadikannya sebuah kamera vlog yang ideal. Ia tiada ciri pemfokusan continuous! Anda perlu bergantung kepada AF-S sahaja.



Daripada segi spesifikasi dalaman, tidak banyak perubahan boleh diperhatikan. Ia masih dikenakan sensor 15.3MP yang sama dengan lensa 24mm. Pada sudut ketahanan, ia kalis air sehingga 10 meter dalam, kalis jatuhan setinggi 2m dan tekanan sehingga 200kg.

Jika mengunakan untuk merakam video, ia kini boleh merakam video 4K terus kedalam kamera berbanding genreasi pertama yang memerlukan alat perakam luaran. Selain rakaman 4K itu, ia masih mengekalkan ciri sebelumnya seperti rakaman kadar tinggi sehingga 960fps.

TIdaklah diketahui bilakah kamera ini akan tiba di Malaysia. Jika anda berminat untuk mendapatkan generasi pertama RX0, ia dijual di Malaysia pada harga RM2,719.

Tags: Sonysony rx0sony rx0 mark ii
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

RX0 Mark II Cuba Tambat Hati Vlogger Dengan Skrin Boleh Kilas

RX0 Mark II Cuba Tambat Hati Vlogger Dengan Skrin Boleh Kilas

27 March 2019
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN