• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy A70 ada skrin dan bateri paling besar dalam keluarganya

  • OLEH Najib
  • 1:50 pm
  • 27/03/2019
  • Komen
Galaxy A70 ada skrin dan bateri paling besar dalam keluarganya
Share on FacebookShare on Twitter

Lambakan telefon pintar Galaxy A tahun ini diteruskan apabila Samsung hari ini mengumumkan Galaxy A70. Ia adalah telefon pintar paling besar dalam keluarga Galaxy A, dengan pelbagai ciri-ciri yang menarik.

Saiz skrin Galaxy A70 adalah lebih besar dari Galaxy S10+. Skrinnya berukuran 6.7-inci, dari jenis Super AMOLED Infinity-U yang bertakuk kecil di dahi. Tetapi resolusi hanya setakat HD Penuh+ 2400×1080.



Bateri sebesar 4,500mAh berjaya dimuatkan ke dalam badan besar Galaxy A70. Ia mengecas melalui port USB-C dan menyokong pengecasan pantas baru 25W.

Kuasa di dalamnya digerakkan oleh cip pemproses 8-teras (2×2.0GHz + 6×1.7GHz) yang dipercayai adalah cip Exynos keluaran Samsung. Ia disertakan bersama RAM 6GB atau 8GB, serta storan sebanyak 128GB. Menariknya, ia memiliki tiga slot kad, membolehkan dua kad sim dan 1 kad mikroSD sehingga 512GB digunakan serentak.



Untuk kamera, terdapat tiga lensa di belakang gandingan lensa utama 32MP F1.7, lensa ultra lebar 8MP F2.2 dan lensa pengesan kedalaman 5MP F2.2. Kamera hadapan yang terletak di dalam takuk pula, menggunakan lensa 32MP F2.0.

Di dalam helaian spesifikasi, Galaxy A70 menyokong Samsung Pay tetapi ia tertakluk kepada pasaran di mana ia mungkin ditiadakan.

Untuk membuka kunci skrin secara biometrik, Galaxy A70 menyediakan pilihan pengimbas capjari di dalam skrin atau pun melalui pengecaman wajah. Sedikit sebanyak, Galaxy A70 memiliki fungsi yang hampir sama dengan Galaxy A50.

Terdapat empat warna diperkenalkan untuk Galaxy A70 iaitu Hitam, Biru, Coral dan Putih. Harga dan tarikh jualannya dijangka akan diumumkan di majlis The Galaxy A Event yang akan diadakan pada 10 April 2019.

Jika Galaxy A50 dijual dengan harga RM1,199 di Malaysia, berapa agaknya harga yang sesuai untuk Galaxy A70 yang lebih besar ini? RM1,599 nampak macam masih berbaloi.

[Sumber: Samsung]

Tags: Galaxy A70samsungsamsung galaxy a70
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy A70 ada skrin dan bateri paling besar dalam keluarganya

Galaxy A70 ada skrin dan bateri paling besar dalam keluarganya

27 March 2019
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
YTL perkenal ILMUchat Pro bersama ciri baharu, akses percuma untuk pengguna Yes

YTL perkenal ILMUchat Pro bersama ciri baharu, akses percuma untuk pengguna Yes

25 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN