• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy A10 dan A20 mula dijual secara rasmi di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 4:24 pm
  • 28/03/2019
  • Komen
Galaxy A10 dan A20 mula dijual secara rasmi di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Diperkenalkan lebih awal di India dan Rusia, Galaxy A10 dan Galaxy A20 kini telah mula dijual di Malaysia. Ia menyertai dua lagi keluarga yang telah mula dijual di Malaysia awal tahun ini, Galaxy A30 dan Galaxy A50.

DirectD telah mula menyenaraikan set asli Galaxy A10 dan Galaxy A20, dengan jaminan setahun dari Samsung Malaysia. Galaxy A10 dijual pada harga RM499 dengan pilihan warna hitam, biru dan merah. Manakala Galaxy A20 pula berharga RM699 di Malaysia dengan warna disediakan biru dan hitam.



Galaxy A10

Galaxy A10 menampilkan skrin Infinity-V 6.2-inci HD+. Pemproses dari jenis Exynos 7884 dengan RAM 2GB dan storan dalaman 32GB. Kamera belakangnya 13MP F1.9 dan kamera depan 5MP F2.0.

Baterinya pula 3,400mAh dan dicas melalui port mikroUSB. Ia tiada pengimbas capjari tetapi menyokong pengecaman wajah.



Pada harga dan spesifikasi begini, ia boleh bersaing dengan Redmi 7 yang ada RAM 2GB dan storan 16GB.

Galaxy A20

Galaxy A20 pula memiliki skrin Infinity-V 6.4-inci dari jenis Super AMOLED, sama seperti Galaxy A30. Cuma resolusinya rendah sedikit, hanya HD+ 1520×720. Ia diperkasa cip pemproses Exynos 7884 bersama RAM 3GB dan storan 32GB. Ia menerima kad mikroSD sehingga 512GB untuk storan tambahan.

Kameranya dwi-lensa di belakang, gabungan lensa utama 13MP F1.9 dan lensa kedua 5MP F2.2. Kamera hadapan di dalam takuk V pula memiliki lensa 8MP F2.2.

Bateri Galaxy A20 sebesar 4,000mAh tetapi dicas melalui port mikroUSB. Ia memiliki pengimbas capjari di belakang, dan menjalankan Android 9.0 Oreo.

Untuk perbandingan, Galaxy A30 berharga RM799 dengan RAM 4GB dan storan 64GB, manakala Galaxy A50 pula berharga RM1,199 dengan RAM 6GB dan storan 128GB.

[Sumber: DirectD]

Tags: directdGalaxy A10Galaxy A20samsung
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Galaxy A10 dan A20 mula dijual secara rasmi di Malaysia

Galaxy A10 dan A20 mula dijual secara rasmi di Malaysia

28 March 2019
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER