• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelan tanpa had di rumah dan luar, Nex.Life kini tiba di Lembah Klang

  • OLEH Najib
  • 7:28 pm
  • 01/04/2019
  • Komen
Pelan tanpa had di rumah dan luar, Nex.Life kini tiba di Lembah Klang
Share on FacebookShare on Twitter

Bulan Februari lepas, Nex.Life mula menawarkan pakej internet tanpa had di rumah di luar pada harga RM100 sahaja. Tetapi tawaran ini terhad di Kelantan dan Terengganu sahaja.

Hari ini, mereka mengumumkan liputan Nex.Life telah diluaskan ke Lembah Klang, di Selangor dan Kuala Lumpur. Bagaimanapun, liputannya masih terhad di beberapa kawasan sahaja.



Kalau anda belum tahu, Nex.Life diperkenalkan Webe Digital, anak syarikat di bawah Telekom Malaysia. Pelan Nex.Life menawarkan internet jalur lebar tetap di rumah dengan kelajuan 20Mbps bersama internet mudahalih 4G LTE tanpa had, kesemuanya hanya RM100/bulan. Ia memiliki kuota 3G sebanyak 500MB/bulan, dan perlu dibeli jika mahu kuota 3G ditambah.

Nex.Life tidak menyediakan servis panggilan di rumah manakala panggilan dan SMS di talian mudah alih pula dicaj sebanyak 20sen/minit (1 blok panggilan 60-saat) dan SMS pula 15sen setiap satu.



Menariknya, Nex.Life mengenakan kontrak selama 12 bulan sahaja, tetapi ia tidak memberi router WiFi percuma. Pelanggan perlu membeli sendiri router tetapi Nex.Life ada menyenaraikan router WiFi yang sesuai digunakan di sini.

Jika berminat, anda boleh menyemak kawasan liputan menerusi laman Coverage Nex.Life. Jika terdapat di kawasan anda, maka bolehlah mendaftar menerusi laman web Nex.Life.

Sesuatu yang menarik, apabila membuka laman Coverage Nex.Life, selain Kelantan, Terengganu, Selangor dan Kuala Lumpur, terdapat juga Pulau Pinang di dalam senarai. Adakah ini bermaksud Nex.life akan ke sana tidak lama lagi? Kita tunggu dan lihat.

Tags: Nex.LifeWebe
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Pelan tanpa had di rumah dan luar, Nex.Life kini tiba di Lembah Klang

Pelan tanpa had di rumah dan luar, Nex.Life kini tiba di Lembah Klang

1 April 2019
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN