fbpx

7 hari LTE tanpa had & 8GB data LTE percuma untuk pengguna baru Unifi Mobile

Jika anda belum pernah mendaftar prabayar Unifi Mobile, sekarang adalah masa yang terbaik untuk mencubanya. Unifi hari ini mengumumkan promosi April-Full untuk pendaftaran baru sepanjang bulan April.

Dari 1 hingga 30 April 2019, pendaftaran baru prabayar Unifi Mobile akan menerima secara percuma bukan sahaja data LTE 2GB, panggilan 10 minit dan 10 SMS, tetapi juga data tambahan LTE 8GB menjadikan ia berjumlah 10GB. Tetapi ini untuk penggunaan di rangkaian LTE sahaja, bagi rangkaian 2G dan 3G memerlukan pembelian kuota berlainan.

Satu lagi, selepas mendaftar prabayar baru, jika tambah nilai pertama dibuat dengan minima RM30, pengguna turut akan menerima pas LTE tanpa had 7 hari bernilai RM20 secara percuma. Seperti tadi, ia untuk penggunaan di rangkaian LTE sahaja, bukan 2G dan 3G.

Pendaftaran SIM Unifi Mobile masih percuma. Tetapi ia perlu diambil dari cawangan TM berhampiran. Kepada yang berminat, boleh bermula dengan mendaftar menerusi aplikasi Unifi Mobile di Apple AppStore dan Google Playstore.

Prabayar #BEBAS Unifi Mobile memiliki keunikan yang tidak terdapat pada mana-mana syarikat telekomunikasi lain. Ia mempunyai kredit tak mati, di mana pengguna tidak perlu memantau tarikh luput rangkaian, hanya gunakan mana-mana servis seperti internet, panggilan, SMS atau tambah nilai dalam masa 90 hari dan ia akan kekal aktif selamanya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Unifi Mobile.

BACA  Promosi Unifi Mobile tanpa had kuota hanya RM59 untuk perniagaan