• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Zum jauh Huawei P30 datang dengan jaminan lebih panjang di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 6:14 pm
  • 02/04/2019
  • Komen
Zum jauh Huawei P30 datang dengan jaminan lebih panjang di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia hari ini melancarkan siri P30 di Malaysia. Ia membawa revolusi kamera di telefon pintar, dengan kuasa zum sehingga 50x.

Huawei P30 dan P30 Pro menerima kemaskini kamera yang mendapat kerjasama pakar optik Leica. Kehebatan kamera baru ini diiktiraf oleh DxOMark, dengan markah tertinggi mengatasi rekod yang dipegang oleh P20 Pro setahun yang lalu.



Huawei P30 dan P30 akan mula dijual di Malaysia bermula 6 April 2019, dengan harga seperti berikut:

  • Huawei P30, RAM 8GB + storan 128GB = RM2,699
  • Huawei P30 Pro, RAM 8GB + storan 256GB = RM3,799
  • Huawei P30 Pro, RAM 8GB + storan 512GB = RM4,399

Huawei menyediakan tiga warna pilihan untuk P30 dan P30 Pro di Malaysia, iaitu Breathing Crystal, Aurora dan Black. Warna Pearl White dikatakan tidak akan dijual di Malaysia manakala warna Amber Red, akan diperkenalkan untuk P30 Pro kemudian.



Khas untuk pembeli awal, Huawei menawarkan siri P30 dengan jaminan tambahan 6 bulan, menjadikan jaminan keseluruhan selama 18 bulan. Jaminan tambahan ini boleh diperolehi menerusi aplikasi Huawei HiCare dan perlu didaftarkan sebelum 5 Mei 2019.

Jualan hari pertama Huawei siri P30 akan dimeriahkan dengan jerayawara di 11 lokasi di seluruh Malaysia, serta rakan niaga dan telekomunikasi di:

  • Pavilion Mall, Kuala Lumpur
  • Midvalley Megamall, Kuala Lumpur
  • 1st Avenue, Pulai Pinang
  • Aman Sentral, Alor Setar
  • AEON Kinta City, Ipoh
  • AEON Bukit Indah, Johor
  • Mahkota Parade, Melaka
  • Kuantan Highstreet, Kuantan
  • AEON Kota Bharu, Kota Bharu
  • Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu
  • The Spring Shopping Mall, Kuching
  • Celcom Bluecube, Sunway Pyramid
  • Celcom Bluecube, Johor
  • Digi Store, Bangsar Shopping Centre
  • senQ Alamanda Shopping Centre, Putrajaya
  • senQ AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan
  • senQ Gurney Plaza, Pulau Pinang
  • senQ Jusco Tebrau City, Johor
  • senQ Suria Mall, Sabah
  • senQ AEON Mall Kuching, Sarawak
  • Harvey Norman, IPC Mutiara Damansara
  • Courts Setapak, Kuala Lumpur

Pembelian di jerayawara ini menyediakan hadiah percuma. Pembeli P30 akan menerima casing pengecas wayarles bernilai RM268. Manakala pembeli P30 Pro pula diberikan casing Snorkeling bernilai RM428.

Terdapat hadiah tambahan untuk pembeli bertuah. Huawei menyediakan 6,000 unit Huawei Backup 1TB bernilai RM599 untuk diberikan kepada pembeli siri P30 yang bertuah.

Jangan lupa untuk mendapatkan Huawei P30 dan P30 Pro bermula 6 April ini di lokasi di atas. Untuk mengenali dengan lebih lanjut, baca laporan kami semasa pelancaran siri P30 di Paris di sini.

Tags: HuaweiHuawei P30
Najib

Najib

POPULAR

Zum jauh Huawei P30 datang dengan jaminan lebih panjang di Malaysia

Zum jauh Huawei P30 datang dengan jaminan lebih panjang di Malaysia

2 April 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER