• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Timbul ura-ura telefon Motorola dengan 4 kamera

  • OLEH Najib
  • 8:07 pm
  • 04/04/2019
  • Komen
Timbul ura-ura telefon Motorola dengan 4 kamera
Share on FacebookShare on Twitter

Motorola mungkin akan menghasilkan telefon pintar dengan kuasa kamera yang boleh menyaingi Huawei P30 Pro. Pembocor berita OnLeaks melalui laman CashKaro.com, berkongsi maklumat tentang telefon pintar Motorola dengan 4 kamera belakang.

Dari gambaran yang dikongsi, kamera belakang telefon Motorola ini disusun 2×2, sama seperti di Mate 20. Tetapi kawasan terbonjol kamera ini lebih luas, dua kali dari ruangan kamera sehingga memuatkan logo M di bawahnya.



Gambaran ini tidak memberikan maklumat tentang kamera kecuali perkataan 48MP, dipercayai lensa utamanya. Jangkaan kami, tiga lensa lagi ialah lensa ultra lebar, lensa telefoto dan lensa pengesan kedalaman.

Sumber turut menyatakan telefon ini memiliki skrin 6.2-inci dengan takuk kecil titisan air. Pengimbas capjari pula terdapat di dalam skrin kerana tidak kelihatan langsung di depan, sisi atau belakang telefon.



Di bawah pula, kelihatan port USB-C bersama jek audio 3.5mm di sisinya. Di sisi telefon pula hanya kelihatan butang kuasa dan butang kawalan bunyi. Tiada butang keempat yang mungkin digunakan untuk arahan tambahan, seperti memanggil Google Assitant.

Itu sahaja maklumat yang ada tentang telefon ini. Dari rupanya, ia kelihatan premium dengan badan seperti besi di belakang. Ia mungkin telefon pintar kelas flagship yang akan datang dari Motorola.

[Sumber: CashKaro, PhoneArena]

Tags: MotorolaOnLeaks
Najib

Najib

POPULAR

Timbul ura-ura telefon Motorola dengan 4 kamera

Timbul ura-ura telefon Motorola dengan 4 kamera

4 April 2019
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN