• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung bagi Galaxy A9 percuma untuk pembelian Galaxy S10+ 1TB

  • OLEH Najib
  • 6:16 pm
  • 05/04/2019
  • Komen
Samsung bagi Galaxy A9 percuma untuk pembelian Galaxy S10+ 1TB
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lepas, DirectD telah mula menjual telefon pintar Samsung Galaxy S10+ 1TB dengan hadiah percuma berupa telefon pintar Galaxy A9. Hari ini, Samsung Malaysia secara rasminya mengumumkan tawaran yang sama. Beli Galaxy S10+ 1TB berharga RM5,999, dapat percuma Galaxy A9 bernilai RM1,999.

Tawaran oleh Samsung Malaysia berjalan selama sebulan bermula dari hari ini, 5 April sehingga 5 mei 2019. Tetapi ia hanya boleh didapati di Stor Samsung Experience dan pengedar rasmi yang terpilih sahaja. Hadiah percuma Galaxy A9, perlu ditebus pada hari dan lokasi yang sama Galaxy S10+ 1TB dibeli.



Galaxy S10+ 1TB ditawarkan dalam dua warna iaitu Ceramic Black dan Ceramic White. Untuk rujukan, harga siri Galaxy S10 di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Samsung Galaxy S10e (6GB/128GB) — RM2,699
  • Samsung Galaxy S10 (8GB/128GB) — RM3,299
  • Samsung Galaxy S10+ (8GB/128GB) — RM3,699
  • Samsung Galaxy S10+ (8GB/512GB) — RM4,599
  • Samsung Galaxy S10+ (12GB/1TB) – RM5,999

Maklumat lanjut tentang tawaran ini boleh didapati di laman promosi Galaxy S10+ 1TB.



Dari kiri: Galaxy S10, S10e dan S10+

Galaxy S10+ mempunyai skrin berlubang 6.4-inci Infinity-O Dynamic AMOLED, dengan resolusi QuadHD+. Ia dikuasakan cip pemproses Exynos 9820. Untuk model ini, ia datang dengan RAM 12GB dan storan 1TB. Manakala model dengan storan 128GB dan 512GB dipasang RAM 8GB sahaja.

Telefon ini dipasang 3 kamera belakang, menggabungkan lensa utama 12MP dwi-apertur F1.5/F2.4, lensa ultra lebar 16MP F2.2 dan lensa telefoto 12MP F2.4. Di depan pula dipasang 2 kamera, lensa 10MP F1.9 dan lensa 8MP F2.2.

Bateri di dalamnya sebesar 4,100mAh dan kini menyokong pegecasan wayarles dan pengecasan wayarless terbalik PowerShare. Ia masih kalis air IP68, memiliki jek audio 3.5mm dan menerima kad mikroSD sehingga 512GB.

Jika anda mahu 2 telefon, lebih berbaloi mendapatkan Galaxy S10+ 1TB percuma Galaxy A9, dari membeli Galaxy S10+ 512GB dan Galaxy A9 secara berasingan. Bijak kan. Segera ke Stor Samsung berdekatan untuk mendapatkannya.

Tags: Galaxy A9Galaxy S10samsung
Najib

Najib

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Samsung bagi Galaxy A9 percuma untuk pembelian Galaxy S10+ 1TB

Samsung bagi Galaxy A9 percuma untuk pembelian Galaxy S10+ 1TB

5 April 2019
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN