fbpx

Huawei P30 serendah RM8 sebulan bersama Digi PhoneFreedom 365

Mahu membeli telefon pintar Huawei P30 yang terbaru? Salah satu caranya ialah mendapatkan di Digi dengan program PhoneFreedom 365. Ia membolehkan anda memiliki Huawei P30 dari serendah RM8/bulan dengan RM0 deposit dan tanpa faedah.

Sebelum ini ditawarkan untuk pelanggan Digi yang telah bersama lebih dari 6 bulan, PhoneFreedom 365 kini boleh disertai oleh pelanggan baru. Di bawah ini ialah kadar ansuran bulanan telefon pintar Huawei P30 dengan kontrak selama 24 bulan bersama pelan pascabayar Digi:

Huawei P30 128GB

  • Digi Postpaid 80 dengan GBoost – RM88/bulan
  • Digi Postpaid 120 – RM48/bulan
  • Digi Postpaid 160 – RM28/bulan
  • Digi Postpaid 190 – RM8/bulan

Huawei P30 Pro 256GB

  • Digi Postpaid 120 – RM122/bulan
  • Digi Postpaid 160 – RM110/bulan
  • Digi Postpaid 190 – RM98/bulan

Huawei P30 Pro 512GB

  • Digi Postpaid 120 – RM144/bulan
  • Digi Postpaid 160 – RM131/bulan
  • Digi Postpaid 190 – RM119/bulan

Seperti yang lain, Digi turut memberikan hadiah percuma berupa casing pengecas wayarles (untuk P30) dan casing snorkeling (untuk P30 Pro). Hadiah ini diberikan untuk pembelian dari 6 April sehingga 6 Mei 2019 di Stor Digi, atau selagi stok masih ada.

Selain itu, Digi menambah hadiah percuma berupa baucar aksesori Digi RM50 dan pelindung skrin kalis retak, jika pembelian dibuat di Stor Digi @ Bangsar Shopping Centre. Tetapi hadiah tambahan ini terhad untuk 100 pelanggan pertama sahaja.

Digi menambah satu lagi tawaran untuk pelanggan yang mendaftar pelan Digi Postpaid 190. Mereka akan menerima pelan Digi Shield secara percuma. Ia memberikan perlindungan kepada peranti dari kerosakan tidak sengaja, baik pulih percuma, perlindungan tanpa sempandan dan tuntutan percuma. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Digi.

BACA  Warna baru Honor 20 Pro dari Iceland akan tiba di Malaysia

Telefon pintar terbaru Huawei ini dijual bermula dari harga RM2,699 untuk P30 128GB, RM3,799 bagi Huawei P30 Pro 256GB dan RM4,399 untuk P30 Pro 512GB. Jualan pertama Huawei P30 dan P30 bermula dari 6 April 2019 dan diadakan di pelbagai lokasi di seluruh Malaysia.