• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dapatkan Huawei P30 percuma dengan kontrak pascabayar Celcom

  • OLEH Najib
  • 1:30 pm
  • 05/04/2019
  • Komen
Huawei tawar ganjaran VIP dan program tukar telefon untuk P30
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei P30 akan mula dijual di Malaysia esok, 6 April 2019. Jika anda pengguna Celcom, anda boleh mendapatkan telefon pintar terbaru Huawei ini secara percuma.

Huawei P30 dengan storan 128GB ditawarkan secara percuma apabila melanggan pelan pascabayar Celcom Mobile Platinum Plus bersama satu talian keluarga. Tetapi ia perlu didaftarkan bersama kontrak selama 24 bulan.



Celcom juga menawarkan subsidi untuk kontrak 24 bulan bersama pelan terpilih. Harga yang ditawarkan bersama pelan adalah seperti berikut:

  • Celcom Mobile Platinum Plus (100GB internet ) – RM1,368
  • Celcom Mobile Platinum (60GB internet) – RM1,748
  • Celcom Mobile Mobile Gold Supreme (50GB internet) – RM1,898

Jika anda lebih berminat membeli secara ansuran dan tidak mahu mengeluarkan wang pendahuluan yang banyak, anda boleh memilikinya melalui program Easyphone. Ia membolehkan anda membayar telefon secara ansuran 24 bulan tanpa membayar wang pendahuluan.



Selain itu, Celcom juga menawarkan Huawei P30 Pro bersama pelan pascabayar Celcom. Tawaran yang sama turut diberikan, memberikan pilihan kepada pengguna Celcom untuk mendaftar kontrak 24 bulan dan membeli dengan harga lebih murah, atau secara ansuran EasyPhone tanpa mengeluarkan wang yang banyak.

Huawei P30 Pro ditawarkan dalam dua jenis storan, 256GB dan 512GB. Rujuk jadual di atas untuk harga pembelian telefon dengan pelan pascabayar Celcom Mobile bersama kontrak 24 bulan, atau harga ansuran bulanan melalui program Easyphone.

Pembelian Huawei P30 dan P30 Pro di Celcom turut diberikan hadiah percuma, berupa casing pengecas wayarles untuk P30, dan casing snorkeling untuk P30 Pro. Selain itu, pada 6 April, pelanggan yang paling awal membeli Huawei P30 atau P30 Pro dari bluecube Celcom di Taman Molek dan Sunway Iconic akan berpeluang menerima Backup Storage 1TB Huawei bernilai RM599 dan Huawei Bluetooth Headset AM61 bernilai RM205.

Tawaran dari Celcom ini boleh didapati bermula pada 6 April 2019, melalui Stor Online Celcom, cawangan Celcom BlueCube, serta Pengedar Berdaftar Celcom di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan harga dan data sila layari www.celcom.com.my

Tags: celcomHuaweiHuawei P30
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Huawei tawar ganjaran VIP dan program tukar telefon untuk P30

Dapatkan Huawei P30 percuma dengan kontrak pascabayar Celcom

5 April 2019
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN