fbpx

Beli 1 percuma 1 Huawei P30 di Maxis

Jika anda mencari tawaran terbaik Huawei P30, apa kata anda teliti tawaran Maxis ini. Maxis kini menawarkan 2 unit Huawei P30 pada satu harga melalui program Zerolution.

Tawaran beli 1 percuma 1 Huawei P30 boleh diperolehi apabila mendaftar program ansuran Zerolution, bersama pelan pascabayar MaxisOne Plan 188 (RM188/bulan) dan satu talian tambahan MaxisOne Share (RM48/bulan).

Sama seperti tawaran di tempat lain, Maxis turut memberikan hadiah percuma kepada pembeli Huawei P30 berupa casing pengecas wayarles. Manakala untuk pembeli Huawei P30 Pro pula, akan menerima casing snorkeling. Hadiah tambahan berupa Huawei Backup 1TB, turut diberikan untuk pembeli Huawei P30 Pro 512GB di Stor Online Maxis.

Di bawah ini ialah senarai penuh tawaran Huawei P30 dan P30 Pro bersama kontrak Maxis:

Kontrak Biasa

Huawei P30 128GB
MaxisONE Plan 98 – RM2,099
MaxisONE Plan 128 – RM1,999
MaxisONE Plan 158 – RM1,699
MaxisONE Plan 188 – RM1,399


Huawei P30 Pro 256GB
MaxisONE Plan 128 – RM3,199
MaxisONE Plan 158 – RM2,899
MaxisONE Plan 188 – RM2,599


Huawei P30 Pro 512GB
MaxisONE Plan 128 – RM3,799
MaxisONE Plan 158 – RM3,499
MaxisONE Plan 188 – RM3,099

Zerolution

Huawei P30 128GB
MaxisONE Plan 98 – RM99/bulan
MaxisONE Plan 128 – RM95/bulan
MaxisONE Plan 158 – RM87/bulan
MaxisONE Plan 188 – RM99/bulan*

*2x Huawei P30, perlu daftar bersama talian MaxisOne Share


Huawei P30 Pro 256GB

MaxisONE Plan 128 – RM155/bulan
MaxisONE Plan 158 – RM150/bulan
MaxisONE Plan 188 – RM147/bulan


Huawei P30 Pro 512GB
MaxisONE Plan 128 – RM183/bulan
MaxisONE Plan 158 – RM181/bulan
MaxisONE Plan 188 – RM179/bulan

Zerolution 360 (Sewa)

Huawei P30 Pro 256GB
MaxisONE Plan 128 – RM99/bulan
MaxisONE Plan 158 – RM99/bulan
MaxisONE Plan 188 – RM99/bulan

Huawei P30 Pro 512GB
MaxisONE Plan 128 – RM166/bulan
MaxisONE Plan 158 – RM166/bulan
MaxisONE Plan 188 – RM166/bulan

Harga di atas tidak termasuk pelan bulanan pascabayar. Untuk kontrak biasa, pengguna perlu membayar wang pendahuluan sekitar RM396-954, bergantung kepada jenis pelan yang dipilih. Wang pendahuluan ini akan direbat semula ke dalam bil bulanan pengguna. Jika anda pengguna yang sudah lama bersama Maxis, wang pendahuluan ini boleh dikecualikan.

BACA  WhatsApp di Android kini dilengkapi fungsi keselamatan seperti iPhone

Huawei P30 128GB dijual di Malaysia pada harga RM2,699. Manakala P30 pro pula berharga RM3,799 untuk storan 256GB dan RM4,399 bagi storan 512GB.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Huawei P30 di Maxis.