fbpx

Rode Wireless Go Hadir Dengan Sistem Mikrofon Superkompak, Sesuai Untuk Vlogger

Sekiranya anda seorang pembangun kandungan video yang bergerak solo, anda pastinya sedar akan kepentingan minimalisitk daripada segi kelengkapan. Setiap gram yang boleh dikikis daripada setup akan meringkankan beban yang perlu dibawa. Rode kali ini ingin meringkan beban di bahagian audio anda dengan pengenalan Wireless GO.

Ia adalah sistem mikrofon wayarles superkompak dengan berat keseluruhan (pemancar & penerima) cuma 62g. Dengannya, anda boleh beroleh kualiti audio setahap audio professional tapi dalam pakej kerdil.

Setiap set Wireless GO terdiri daripada dua komponen iaitu pemancar dan penerima. Di pemancar, ia dilengkapi mikrofon bergred tinggi yang boleh terus digunakan ataupun jika anda miliki lavalier khas, anda boleh sambungkannya di port audio 3.5mm menggunakan sambungan TRS.

Di bahagian penerima, ia audio keluar 3.5mm untuk digunakan sebagai pemantau bunyi ataupun disambung terus ke kamera sebagai sumber audio. Di badannya terdapat paparan yang akan memberitahu anda tahap bateri kedua-dua komponen serta tahap penerimaan audio.

Kedua-duanya dikuaskaan bateri terbina dan boleh memberikan waktu penggunaan sehingga 7 jam lamanya dengan sekali cas. Jika tidak cukup, terdapat port USB-C di sisi badannya untuk mengambil kuasa daripada powerbank.

Di pasaran A.S, Rode Wireless Go sudahpun dibuka tempahannya pada harga USD 199 (RM 815.72) dan akan mula diedarkan pada 17 April 2019.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  Realme 5s dengan kamera 48MP akan tiba di Malaysia minggu ini