• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Cukai 6% dikenakan buat perkhidmatan digital seperti Netflix dan Spotify

  • OLEH Najib
  • 10:36 am
  • 09/04/2019
  • Komen
Belanjawan 2019: Perkhidmatan Digital dikenakan Cukai bermula 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah semalam mengumumkan di parlimen bahawa kerajaan bercadang untuk mengenakan kadar 6% untuk cukai perkhidmatan digital, bermula 1 Januari 2020. Ia selepas Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2019.

Menurut Amiruddin, ia untuk menyeragamkan dan memberi peluang sama rata kepada penyedia perkhidmatan digital dalam dan luar negara. Adalah tidak adil bagi penyedia perkhidmatan dalam negara dikenakan cukai ini, tetapi mereka di luar negara terlepas daripada pembayaran cukai ini.



Tambah beliau, ia bukan cukai baharu tapi diluaskan skop kepada penyedia perkhidmatan yang sama tetapi berada di luar negara. Cukai yang dikenakan di Malaysia juga masih lebih rendah berbanding negara lain seperti Norway sebanyak 25%, Rusia 18% manakala New Zealand 15%.

“Contoh perkhidmatan digital adalah seperti langganan muzik dan video atas talian, langganan e-book, penggunaan platform e-marketplace, langganan sistem storan berasaskan perkomputeran awan (cloud computing) serta pembelian perisian komputer secara atas talian. Pengguna Malaysia ditentukan berdasarkan kaedah pembayaran, alamat Internet Protocol (IP) atau nombor peranti mudah alih yang digunakan semasa pembelian/langganan perkhidmatan digital serta sama ada pengguna tersebut menetap di Malaysia,” jelasnya lagi.



Pelaksanaan cukai ini masih tidak dijelaskan dan tidak dibentangkan lebih lanjut. Untuk perbandingan, langganan Spotify Premium di Malaysia ialah RM14.90/bulan tetapi di Amerika Syarikat, mereka dikenakan caj USD9.99 (~RM40.93) sebulan.

Dalam berita lain, Netflix dilaporkan mahu menaikkan kadar langganan mereka dari serendah USD7.99 (~RM32.75) kepada USD8.99 (~RM36.85). Pelan termahal pula dikatakan akan naik dari USD13.99 (~RM57.32) kepada USD15.99 (~RM65.52). Dalam kenyataan kepada AP pula, Netflix menyatakan akan mengubah kadar langganan mereka dari semasa ke semasa kerana mereka melabur untuk menyediakan hiburan terbaik selain menaik taraf pengalaman Netflix secara menyeluruh.

[Sumber: Awani]

Berita berkaitan:

Belanjawan 2019: Perkhidmatan Digital dikenakan Cukai bermula 2020
Tags: NetflixSpotify
Najib

Najib

POPULAR

Belanjawan 2019: Perkhidmatan Digital dikenakan Cukai bermula 2020

Cukai 6% dikenakan buat perkhidmatan digital seperti Netflix dan Spotify

9 April 2019
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN