• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ookyo tidak lagi tawarkan panggilan dan SMS tanpa had

  • OLEH Najib
  • 7:56 pm
  • 09/04/2019
  • Komen
Hanya RM1 untuk internet tanpa had dengan ookyo
Share on FacebookShare on Twitter

Ookyo, satu jenama talian digital di bawah Maxis menyediakan pengalaman berinternet dengan pelbagai tawaran tanpa had. Malangnya, untuk mereka yang masih suka berbual melalui panggilan telefon, sudah tiada lagi tawaran add-on panggilan dan SMS tanpa had di Ookyo.

Sebelum ini, pelanggan Ookyo boleh menikmati panggilan suara dan SMS tanpa had ke semua talian tempatan, dengan membeli add-on berharga RM8/bulan. Tetapi bermula awal bulan ini, add-on ini sudah tidak lagi ditawarkan. Malah, Ookyo juga telah memadam soalan lazim berkenaan tawaran panggilan dan SMS tanpa had. Seperti contoh di bawah.



Di dalam komuniti Ookyo di Facebook, beberapa pengguna telah berkongsi berita bahawa add-on panggilan dan SMS tanpa had telah dihentikan sejak 3 April 2019. Pengguna perlu membayar kadar bayar bila guna (pay-per-use) iaitu 15sen/30 minit untuk panggilan dan 15sen setiap SMS, ke semua talian tempatan.

Dalam satu posting berbeza, wakil khidmat pelanggan menyatakan, tawaran panggilan dan SMS tanpa had telah dihentikan kerana beberapa faktor. Antaranya penyalahgunaan perkhidmatan serta penggunaan komersial.



Ini agak pelik kerana banyak rangkaian di Malaysia menawarkan panggilan dan SMS tanpa had, termasuk Pascabayar Maxis dan Hotlink Postpaid sendiri. Masalah ini sepatutnya dapat diatasi dengan mudah tanpa menjejaskan pengguna sedia ada yang benar-benar menggunakan perkhidmatan tanpa had dalam lingkungan yang dibenarkan.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: ookyo
Najib

Najib

POPULAR

Hanya RM1 untuk internet tanpa had dengan ookyo

Ookyo tidak lagi tawarkan panggilan dan SMS tanpa had

9 April 2019
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN