• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perkhidmatan strim video Disney+ akan beri saingan ketat buat Netflix

  • OLEH Najib
  • 10:46 am
  • 12/04/2019
  • Komen
Perkhidmatan strim video Disney+ akan beri saingan ketat buat Netflix
Share on FacebookShare on Twitter

Disney akhirnya memecahkan rahsia yang telah sekian lama terpendam apabila memperkenalkan Disney+, servis penstriman video yang amat mirip dengan Netflix dan iflix. Ia dijadualkan akan mula bertemu pengguna pada hujung tahun ini.

Ketua Unit Pengguna Disney, Kevin Mayer, memberi pembentangan dengan memperlihatkan antaramuka aplikasi dan web Disney+ dalam satu majlis bersama pelabur. Ia tidak jauh berbeza dengan Netflix dengan barisan kandungan cadangan, siri TV terbaru, serta filem yang baru ditambah ke platform.



Terdapat satu perbezaan ketara di mana Disney+ meletakkan lima hub di ruangan teratas yang membariskan pelbagai francais Disney iaitu Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, dan National Geographic.

Menurut Mayer, Disney+ akan sedia digunakan di TV Pintar, pelayar, tablet, peranti mudah alih dan konsol permainan. Malah, Disney juga telah memeterai perjanjian dengan Roku dan Sony untuk melengkapkan Disney+ ke dalam produk mereka.



Sudah pasti, kandungan menjadi paling penting dan Disney sudah mengumumkan beberapa projek yang akan datang ke Disney+. Antaranya dari genre Marvel seperti siri Falcon dan Winter soldier. Disney juga akan menghasilkan filem khas untuk Loki dan Hawkeye, watak utama di dalam siri Avengers. Selain itu, beberapa genre lain yang akan diterbitkan ialah siri Monsters Inc, High School Musical dan juga Star Wars.

Disney+ akan dilancarkan di Amerika Syarikat pada 12 November 2019 dan akan dikembangkan ke beberapa negara lain kemudian. Kadar langganan Disney+ bermula dari USD6.99/bulan (~RM28.85) atau USD69.99/tahun (~RM288.91).

Malah, Disney juga mengesahkan akan memperkenal pakej yang menggabungkan beberapa servis penstriman video mereka, iaitu ESPN+ dan Hulu. Pakej ini akan datang dalam harga diskaun yang lebih menarik untuk pengguna.

Jika Disney mengambil langkah yang sama seperti Netflix untuk menyediakan perkhidmatan strim mereka ke seluruh dunia, maka tidak mustahil Malaysia akan boleh melanggan Disney+ pada masa yang sama dengan Amerika Syarikat. Ini dapat dilihat apabila laman previu Disney+ juga terdapat untuk Malaysia. Ia boleh diakses di alamat preview.disneyplus.com/my/

Kehadiran Disney+ pastinya akan menggugat kedudukan Netflix selaku platform strim TV paling popular. Disney+ juga hadir dengan kadar langganan yang lebih murah, sewaktu Netflix dikatakan mahu menaikkan kadar langganannya.

Malah, kandungan Disney di dalam Netflix juga mungkin tergugat selepas tamatnya kontrak kerjasama mereka pada hujung tahun 2019. Netflix perlu bersedia dengan lebih banyak kandungan untuk berhadapan dengan kekosongan kandungan dari Disney seperti siri Marvel.

[Sumber: TomsGuide, TheVerge]

Tags: Disney
Najib

Najib

POPULAR

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Perkhidmatan strim video Disney+ akan beri saingan ketat buat Netflix

Perkhidmatan strim video Disney+ akan beri saingan ketat buat Netflix

12 April 2019
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

22 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN