fbpx

Galaxy A80: Selfie Superstar Samsung Dengan Rekaan Radikal

Nampaknya Samsung dalam tahun 2019 ini memang benar-benar beri tumpuan pada segmen midrange. Produk terbaru mereka adalah Samsung Galaxy A80 yang merupakan siri A paling berkuasa pernah mereka hasilkan.

Ini adalah pengalaman hands-on Samsung Galaxy A80 saya.

Paparan 6.7″ sAMOLED FHD+

A80 Ada Rekaan Paling Radikal Setakat Ini

Paling unik pada Galaxy A80 adalah pada kamera pop-up yang boleh jadi kamera belakang ataupun kamera depan. Ia adalah yang pertama dalam produk Android Samsung. Hal ini bermakna, hanya kamera yang terbaik saja digunakan untuk mengambil selfie ataupun portret anda.

Untuk kamera, telefon ini menggayakan konfigurasi trikamera.

Tiada pengimbas cap jari fizikal tapi di dalam skrin

Ia ada kamera 48MP, kamera 8MP untuk sudut ultralebar dan satu lagi kamera 3D sensing yang ada fungsi sama seperti sebuah kamera Time of Flight (ToF), iaitu mengukur kedalaman medan.

Meknisme boleh luncur pastikan selfie dan portret guna kamera terbaik

Penggunaan mekanisme boleh luncur menjadikan telefon ini tak perlukan notch ataupun paparan berlubang. Ia menjadikan Galaxy A80 adalah yang pertama hadir dengan paparan New Infinity tanpa notch mahupun paparan berlubang.

Adakan sesi Live akan berikan kualiti video terbaik

Pada bahagian muka, Samsung menggunakan panel Super AMOLED sebesar 6.7” beresolusi HD Penuh. Tiada speaker ganggang telefon di dahinya sebaliknya ia menggunakan pendekatan seperti speaker piezoelektrik.

Kamera belakang sekuasa 48MP ataupun 8MP untuk FOV ultralebar

Cara ia berfungsi adalah apabila menerima panggilan telefon, paparan skrin bergegar kerana ia bertindak sebagai diafragma. Saya tak mencuba fungsi telefoni semasa sesi hands-on tapi dibandingkan dengan penyelesaian serupa pada telefon sebelum ini, masalah speaker piezoelektrik ini adalah ia tidak kuat dan telinga perlu bersentuh dengan permukaan cermin untuk mendengar.

Galaxy A Paling Berkuasa Setakat Ini

Sehingga artikel ini ini diterbitkan, sudah ada 7 Galaxy A dilancarkan dalam julat empat bulan 2019 sahaja dan Galaxy A80 adalah yang paling hebat setakat ini.

BACA  Adakah Galaxy S10 Lite akan muncul tidak lama lagi?

Spesifikasi Galaxy A80

Paparan6.7"
sAMOLED
FHD+
PemprosesSnapdragon 730G
RAM8GB
Storan128GB
Sistem OperasiAndroid 9 Pie
OneUI
Kamera48MP
8MP
3D Sensing
Bateri3,700mAh
Pengecasan Pantas 25W

Di papan utamanya, ia diperkasa CPU Snapdragon 730G yang baru saja dirasmikan baru-baru ini. Di atas kertas, ia berada antara Snapdragon 710 dan 855.

Profile sisi yang nipis

Snapdragon 710 menggunakan litografi 10nm, jadi saya jangkakan Snapdragon 730 ini lebih cekap tenaga kerana dibangunkan dari litografi 8nm. Tapi berbanding Snapdragon 855, ia tewas pada clockspeed 855 yang jauh lebih tinggi.

Menemani CPU ini adalah RAM 8GB serta storan sebesar 128GB. Malangnya, A80 tidak menyertakan slot kad SD untuk meluaskan storan. Saya tak pasti apa strategi Samsung di sini untuk tak berikan opsyen memperluas storan.

One UI menyaduri Android 9 Pie

Galaxy A80 menjalankan sistem operasi Android 9 Pie yang disaluti antara muka OneUI, selari dengan produk-produk mereka yang lain. OneUI membawakan pendekatan UI yang minimalistik serta diperkasa AI untuk mengoptimukan prestasi telefon.

Menguasakan telefon ini adalah sekeping bateri dengan kapasiti 3,700mAh. Walaupun kapasiti tidak mencecah 4,000mAh seperti sesetengah midrange yang lain, ia menyokong pengecasan pantas 25W.

Sebuah Telefon Yang Baik Tapi Ada Satu Kelemahan Ketara

Untuk Galaxy A80, saya boleh nampak yang Samsung mengambil langkah yang tepat untuk banyak bahagian. Tapi saya kurang bersetuju apabila mereka tak menyertakan headfon jek padanya.

Jika ia ditujukan untuk generasi yang suka kongsi suapan video secara langsung, jelas sekali mereka lupakan ada subgolongan yang pentingkan kualiti video yang dikongsikan termasuklah pada bahagian audio.

Tiada jek headfon

Ketiadaan headfon jek menghindarkan mereka menggunakan mikrofon luaran yang jauh lebih baik kualiti audionya berbanding dari mikrofon yang terbina.

BACA  Samsung bersedia dengan teknologi baru skrin boleh lipat yang lebih baik

Untuk mekasnime boleh luncur, saya risaukan sampai bila ia boleh bertahan, tanpa pelincir. Bahagian ini saya letakkan kepercayaan pada kawalan kualiti Samsung.

Bilakah Anda Boleh Beli Galaxy A80?

Jadi Galaxy A80 akan mula dijual pada 29 Mei ini untuk pasaran dan Samsung Malaysia membayangkan ia tiba di sini tak lama selepas itu.

Tiga warna akan hadir

Harga? Masih tiada berita tapi ia semestinya berada antara Galaxy S10e RM2,699 dan Galaxy A50 RM1,199. Ditengahnya, ada Galaxy A70 dan A80. Saja anggarkan ia berharga RM1,800 hingga RM2,200.