• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 3 Pro akan dikuasakan cip Snapdragon 710 dengan grafik lebih perkasa dari Snapdragon 675

  • OLEH Najib
  • 11:27 am
  • 15/04/2019
  • Komen
Realme 3 Pro akan dikuasakan cip Snapdragon 710 dengan grafik lebih perkasa dari Snapdragon 675
Share on FacebookShare on Twitter

Realme 3 telah dilancarkan bulan lepas dan diletakkan sebagai pesaing kepada Redmi Note 7. Pasangannya yang lebih berkuasa, Realme 3 Pro pula akan diperkenalkan pada 22 April nanti, dikatakan lebih berkuasa dari Redmi Note 7 Pro.

Tinggal lagi 7 hari sebelum Realme 3 Pro dilancarkan dan kini kita menerima berita tentang spesifikasi Realme 3 Pro yang belum didedahkan secara rasmi. Maklumat ini ditemui dalam laman ujian prestasi serta pengesahan Bluetooth.



Dalam satu ujian di Geekbench, ia memaparkan Realme 3 Pro yang memiliki nombor model RMX1851 dikuasakan cip Snapdragon 710 bersama RAM 6GB. Ia mungkin akan datang dengan pilihan RAM 8GB memandangkan Realme 2 Pro telah pun memiliki RAM sebanyak ini.

Nombor model RMX1851 sekali lagi dikesan telah melepasi pengesahan Bluetooth. Laman pengesahan ini memberikan lebih banyak maklumat berkenaan peranti RMX1851 seperti skrin 6.3-inci HD Penuh+, bateri 3,960mAh dan menyokong WiFi 5GHz.



Secara kasar, Snapdragon 710 dan Snapdragon 675 (digunakan di Redmi Note 7 Pro), memiliki prestasi yang hampir sama. Snapdragon 710 dibina berasaskan arkitektur cip 10nm dengan teras Kryo 360 dan grafik Adreno 616. Manakala Snapdragon 675 menggunakan arkitektur 11nm, teras Kryo 460 dan grafik Adreno 612.

Dalam ujian prestasi, Snapdragon 675 menerima markah lebih tinggi dari Snapdragon 710 dalam kategori CPU. Tetapi di ujian grafik, Snapdragon 710 lebih menyerlah dari Snapdragon 675 kerana cip grafik yang digunakan lebih berkuasa.

Mungkin keputusan Realme untuk menggunakan Snapdragon 710 memberi kelebihan kepada Realme 3 Pro terutama dalam bidang grafik dan bermain games. Malah, CEO Realme India, Madhav Sheth berkata, Realme 3 Pro ialah telefon pertama dalam segmennya yang boleh menjalankan games Fortnite.

How about playing #Fortnite on #realme3Pro? I believe #realme3Pro will be the 1st in its segment that can directly support it. Tried to play this game on some latest "Pro" devices but none of them could manage. When it comes to speed, chipset matters.
RT to win 1 Rm3pro. pic.twitter.com/j5SKOrXA2g

— Madhav Sheth (@MadhavSheth1) April 10, 2019

Perkara yang lebih penting, adakah Realme 3 Pro boleh memberi lebih nilai pada harga yang rendah, seperti yang dilakukannya semasa Realme 2 Pro dilancarkan? Kita tunggu majlis pelancarannya pada 22 April nanti.

[Sumber: GSMArena, Bluetooth, Geekbench]

Tags: RealmeRealme 3 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Realme 3 Pro akan dikuasakan cip Snapdragon 710 dengan grafik lebih perkasa dari Snapdragon 675

Realme 3 Pro akan dikuasakan cip Snapdragon 710 dengan grafik lebih perkasa dari Snapdragon 675

15 April 2019
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN