fbpx

Diskaun kaw kaw Realme di Lazada Mobile Super Day

Realme Malaysia hari ini mengumumkan penyertaan mereka dalam acara satu hari Lazada, pada 27 April 2019. Pada hari ini, selama satu hari sahaja, Realme menawarkan diskaun luar biasa untuk telefon pintar keluaran mereka.

Lazada akan mengadakan acara Lazada Mobile Super Campaign pada 27 April, yang menawarkan peranti mudahalih dengan harga yang sangat istimewa. Realme akan turut serta dengan menyediakan telefon pintar mereka iaitu Realme C1, Realme 3, Realme 2 Pro dan fon telinga Realme Earbuds pada hari tersebut.

Harga jualan dengan harga istimewa produk Realme pada 27 April di Lazada kelak, adalah seperti berikut:

  • Realme C1 RAM 2GB + storan 16GB – RM449 RM399
  • Realme C1 RAM 2GB + storan 32GB – RM499 RM429
  • Realme 3 RAM 3GB + storan 32GB – RM599 RM549
  • Realme 2 Pro RAM 8GB + storan 128GB – RM1,099 RM799 (50 pertama) RM899 seterusnya
  • Realme Earbuds – RM39

Realme C1 ialah telefon pintar termurah dari Realme sekarang. Ia dikuasakan cip Snapdragon 450, dengan skrin 6.2-inci HD bertakuk besar. Kamera di belakangnya 12MP+2MP manakala kamera depan 5MP. Bateri pula sebesar 4,230mAh

Realme 2 Pro pula masih dikira telefon pintar paling berkuasa. Ia memiliki cip Snapdragon 660 di dalam, dengan RAM sehingga 8GB dan storan 128GB. Skrin pula bertakuk kecil dengan ukuran 6.3-inci HD Penuh. Kamera belakangnya 16MP+2MP manakala kamera depan 16MP. Bateri pula 3,500mAh dan dicas melalui mikroUSB.

Realme 3 ialah telefon pintar terbaru yang baru dijual di Malaysia. Ia menggunakan cip Mediatek helip P60 dengan RAM hingga 4GB dan storan hingga 64GB. Skrinnya seluas 6.2-inci HD dengan takuk kecil titisan air. Di belakang, ia menggunakan kamera 13MP+2MP dan di depan pula 13MP. Bateri di dalamnya seluas 4,230mAh.

BACA  Hadiah percuma Alan Walker di jualan hari pertama Realme 5 dan Realme 5 Pro

Harga yang ditawarkan Realme ini memang sangat menarik. Masih ada lebih dari seminggu untuk menyediakan bajet, apatah lagi ia selepas gaji diterima di hujung bulan. Jika berminat, boleh layari Stor Rasmi Realme di Lazada dan simpan telefon pintar Realme yang ingin dibeli di dalam troli.