• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Telefon Termahal Samsung Tak Boleh Dipasang Skrin Protector

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:44 am
  • 18/04/2019
  • Komen
Telefon Termahal Samsung Tak Boleh Dipasang Skrin Protector
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Galaxy Fold bakal jadi telefon berpaparan boleh lipat pertama yang boleh dibeli di Malaysia penghujung bulan ini. Di A.S, Galaxy Fold dijual pada harga USD1,980 (~RM8,189). Gajet semahal itu sudah tentu perlukan perlindungan sewajarnya.

Tapi anda boleh lupakan untuk letakkan sebarang perlindungan skrin selain yang hadir terus dari kotak. Hal ini kerana, sudah ada Galaxy Fold yang musnah akibatnya.



MKBHD menyangkakan lapisan filem yang ada pada paparan Galaxy Fold boleh ditanggalkan, seperti telefon-telefon lain. Tapi jangkaannya silap kerana ia menjadikan paparan unitnya tidak berfungsi langsung.

PSA: There’s a layer that appears to be a screen protector on the Galaxy Fold’s display. It’s NOT a screen protector. Do NOT remove it.

I got this far peeling it off before the display spazzed and blacked out. Started over with a replacement. pic.twitter.com/ZhEG2Bqulr

— Marques Brownlee (@MKBHD) April 17, 2019

Berkongsi pengalamannya di media sosial, ada yang memberi respons yang memang ada amaran pada kotak Galaxy Fold yang mengingatkan pengguna agar tidak melakukan apa-apa pada paparan. Tapi MKBHD membalas, tiada pula perkara sedemikian pada kotak unitnya.



Nampaknya jika anda bercita-cita membeli sebuah Galaxy Fold, anda perlu berikan lebih perhatian pada paparan Infinity Flex telefon itu.

Selain Galaxy Fold, Huawei Mate X juga hadir dengan paparan boleh lipat. Mari kita tunggu dan lihat jika mereka juga miliki “perangai” sedemikian.

Huawei Mate X juga ada rekaan paparan boleh lipat
Tags: samsungsamsung galaxysamsung galaxy fold
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Telefon Termahal Samsung Tak Boleh Dipasang Skrin Protector

Telefon Termahal Samsung Tak Boleh Dipasang Skrin Protector

18 April 2019
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER