fbpx

Sertai Kempen Ini Kerana Zayan Akan Bayar Bil Bulanan Anda

Kalau anda ada masalah untuk membayar komitmen bulanan, ini adalah peluang keemasan untuk meringankan beban yang sedang anda pikul. Stesen radio Zayan bakal mengadakan kempen “Zayan Bayar” khas untuk membantu anda.

Tiada syarat pelik dikenakan kalau anda ingin sertanya. Anda hanya perlu melengkapkan borang yang akan dipautkan di laman Zayan antara 22 hingga 28 April 2019.

Antara maklumat yang mereke perlukan adalah:

  • Butiran peribadi
  • Bil yang ingin anda lunaskan
  • Kisah disebalik bil tersebut

Zayan meletakkan had RM500 untuk setiap peserta yang berjaya dipilih, tapi mereka tidak meletakkan had untuk setiap bil. Jadi tiada masalah untuk anda mengepilkan 500 keping bil beramaun RM1 setiap satu.

Layari laman rasmi kempen untuk maklumat lanjut.

Zayan adalah stesen radio berbahasa Melayu yang bersiaran menggantikan frekuensi Red FM yang telah dibubarkan tahun lepas. Anda boleh menala radio FM anda mengikut frekuensi ini:

  • Lembah Klang – 104.9 FM
  • Ipoh – 106.4 FM
  • Johor Bahru – 92.8 FM
  • Melaka – 98.9 FM
  • Kuantan – 91.6 FM
  • Alor Setar – 98.1 FM
BACA  iPhone 6s Percuma dengan pelan Celcom Gold Plus dan ke atas