[Pesanan ini dibawakan kepada anda oleh Maxis]
Siapa boleh bayangkan hidup tanpa internet hatta terputus walaupun sejam sahaja. Susah bukan? Di rumah pun, hampir semua benda perlukan internet. Nak belajar, nak bermain, nak berhibur, malah internet juga diperlukan dalam aspek keselamatan. Semakin banyak peralatan keselamatan dan sistem pintar di rumah memerlukan sistem internet.
Setiap isi rumah kini memiliki pelbagai peranti, sama ada laptop atau telefon pintar – di mana semuanya perlukan data berkelajuan pantas. Jadi, macam mana nak penuhi keperluan semua orang yang mahukan data sepanjang masa, tidak kira di dalam atau di luar rumah, pada harga yang menepati perbelanjaan seisi keluarga? Ia akan menjadi lebih rumit bila semua orang memiliki pelan data dari talian yang berbeza.
Untuk menyelesaikan masalah yang rumit ini, cuba tanya EMPAT persoalan di bawah pada diri anda, sebelum mula melanggan mana-mana pelan internet.
###
1. Adakah pelan internet tersebut datang dengan internet mudah alih tanpa had?
Dari bermain games sehingga hinggalah menonton video dan memuat naik Instagram Stories, ia memerlukan data mudah alih yang banyak di telefon. Kalau dah berkeluarga dan ada anak yang sudah cukup usia untuk memiliki telefon sendiri, mereka juga mahukan data yang banyak.
Kalau uruskan satu pelan untuk diri sendiri, pasti tak susah. Tapi sekarang kena fikir untuk anak dan isteri sekali. Bukan data sahaja, tapi kena ambil kira kuota panggilan dan SMS juga. Memang sangat rumit. Ditambah lagi bila sampai bil, semuanya dari rangkaian berbeza. Belum ditambah tarikh pembayaran bil yang berlainan. Macam tak ada benda lain lagi nak diuruskan dalam hidup ini, nak semak kuota dan bayar bil sahaja.
Jadi, apa jalan penyelesainnya?
Mudah sahaja. Dapatkan pelan yang beri kuota data, panggilan dan SMS yang sama dari satu rangkaian sahaja. Jadi, bil pun dapat serentak pada masa yang sama. Untuk lebih selamat dari dikejutkan dengan bil yang terlampau akibat membeli add-on disebabkan kehabisan kuota, apa kata berikan keluarga anda pelan yang datang dengan data tanpa had di dalam dan luar rumah.
Pelan apa yang menyediakan semua kemudahan yang diperlukan ini? Ucapkan selamat datang kepada pelan MaxisONE Prime.
Dengan pelan MaxisONE Prime, semua perkara dari data ke panggilan dan SMS ialah tanpa had untuk anda dan juga talian tambahan anda.
2. Adakah pelan internet tersebut menawarkan pakej semua-dalam-satu di dalam dan luar rumah yang mampu milik untuk anda dan keluarga anda?
Dengan pelan MaxisONE Prime, anda kena fikir dua benda sahaja. Berapa laju internet nak pasang di rumah, dan berapa talian mudah alih tambahan yang diperlukan.
Kalau 30Mbps memadai untuk kegunaan semua orang di rumah, maka langgan je pelan paling mampu milik Home Fibre 30Mbps RM89/bulan. Nak lebih laju, langgan pelan 100Mbps RM129/bulan.
Untuk talian mudah alih, kalau nak satu je talian tambahan, cukup dengan melanggan MaxisONE 98. Talian utama RM98/bulan dan talian tambahan Share Line RM48/bulan. Talian MaxisONE 128 pula membenarkan dua talian tambahan, MaxisONE 158 boleh tambah 3 talian dan MaxisONE 188 pula boleh tambah sampai 4 talian tambahan.
Hanya perlu fikir berapa talian, jadi banyak itu sahaja bayarnya. Tak perlu fikir nak beli add-on lagi sebab semua talian utama dan talian tambahan anda, datang dengan kuota tanpa had untuk data, panggilan dan SMS. Tak perlu nak berkira lagi berapa kuota yang tinggal.
Lebih nilai dan lebih banyak wang dijimatkan, apatah lagi pening di kepala pun sudah banyak berkurangan.
3. Adakah pelan internet tersebut menyediakan sambungan internet sandaran untuk kecemasan?
Pernah tak alami talian jalur lebar bermasalah dan apa yang boleh dibuat hanyalah membuat aduan?
Tahun lepas contohnya, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia (CFM) menerima sebanyak 6,330 aduan berkenaan penyedia khidmat telekomunikasi. Dari jumlah itu, lebih 3,100 berkenaan rangkaian dan pemberian perkhidmatan. Hampir 50% jumlah aduan diterima CFM berkaitan rangkaian dan kebanyakannya kerana masalah rangkaian terputus sambungan.
Bila jalur lebar di rumah terputus contohnya akibat kabel terpotong, maka anda terpaksa berharap pada talian mudah alih dengan kuota yang terhad mungkin berhari-hari lamanya. Tetapi masalah ini dapat diselesaikan oleh pelan MaxisONE Prime dengan mudah.
Dengan MaxisONE Prime, anda menerima router WiFi yang datang dengan dongle sandaran 4G.
Ini sebab MaxisONE Prime datang dengan sambungan internet sandaran dalam bentuk dongle 4G yang dipasang pada router jalur lebar. Bila jalur lebar tetap Maxis Home Fibre bermasalah, sambungan sandaran 4G ini akan terus aktif dan menyediakan sambungan internet untuk memastikan anda sentiasa terhubung di rumah, tidak kira apa yang terjadi.
4. Adakah pelan internet tersebut termasuk pelan perayauan data untuk anda dan keluarga anda?
Pelan MaxisONE Prime ada.
MaxisONE Prime memberikan perayauan percuma untuk seisi keluarga apabila salah seorang mengaktifkan perayauan data. Ya, apa yang anda perlukan ialah mengaktifkan Pas Perayauan Data RM38/hari untuk menikmati internet berkelajuan tinggi tanpa had di luar negara. Data ini terus tersedia untuk semua ahli keluarga anda juga!
Bayangkan, anda ada lima ahli keluarga dan semuanya nak ada talian internet sendiri dan anda sekeluarga sedang bercuti di Thailand. Dengan MaxisONE Prime, kesemua lima talian di bawah anda, boleh menggunakan perayauan internet tanpa had. Hanya RM38/hari, itu hanya RM7.60 setiap orang sehari. Ia boleh digunakan di sembilan negara ASEAN sekarang dan Maxis sedang menambah lebih banyak negara ke dalam senarai.
MaxisONE Prime adalah jawapan tepat untuk anda dan keluarga anda, tidak kira kecil atau besar
Tanya soalan yang tepat baru boleh dapat jawapan yang betul. Dengan MaxisONE Prime, anda dapat kesemuanya. Tak perlu risau lagi tentang talian berbeza, pelan berlainan, serta bil yang tidak sama, hanya untuk memastikan semua ahli keluarga terhubung.
Dengan MaxisONE Prime anda mendapat satu pelan yang hebat dan mampu milik untuk semua dan bahagian terbaik ialah anda akan berada di salah satu rangkaian terbaik – dan paling kukuh – di Malaysia, tidak kira secara wayar atau tanpa wayar. Tunggu apa lagi? Segera ke laman web Maxis dan pilih pelan MaxisONE Prime anda hari ini!