fbpx

Huawei P30 memecah tradisi apa yang kamera boleh lakukan di telefon pintar

[Pesanan ini dibawakan kepada anda oleh Huawei]

Dengan siri P30, Huawei mengukuhkan lagi jenamanya di ruangan fotografi telefon pintar tetapi apa yang telah P30 dan P30 lakukan untuk menjadi sebuah peralatan mengambil gambar yang hebat?

Mari kita lihat apakah ciri-ciri yang menjadikan siri P30 mampu menjadikan pengalaman mengambil gambar di teleofn pintar sesuatu yang luar biasa.

Revolusi kamera dengan kebolehan mengambil gambar dalam persekitaran malap yang terbaik

Kamera di dalam P30 dan P30 Pro menggunakan sensor RYYB. Sensor baru ini 40% lebih sensitif terhadap cahaya menjadikan kamera di P30 dan P30 Pro paling sensitif terhadap cahaya pernah Huawei hasilkan dan terbaik dalam fotografi rendah cahaya.

Perhatikan contoh gambar di sini, walaupun dalam suasana cahaya malap yang ekstrem di mana telefon lain terpaksa bekerja keras, Huawei P30 Pro bukan sahaja mampu menangkap gambar pensel tetapi termasuk warna-warninya dengan mudah menggunakan tangan sahaja.

Kebolehan menangkap gambar bercahaya malap di Huawei P30 Pro boleh diteroka lebih luas dengan Night Mode yang boleh menangkap gambar stabil dengan pendedahan yang lebih lama.

Tip-Pro: Untuk mengambil gambar langit yang penuh bintang-bintang di waktu malam, letakkan Huawei P30 Pro di tripod, pilih mod Pro dan tetapkan ISO ke 1600 dan kelajuan pangatup pada 30 saat.

Siri P30 miliki zum terbaik dan terpanjang pernah ada di telefon pintar Huawei

Gambar bulan yang ditangkap menggunakan Huawei P30 Pro dengan zum 50×

Huawei membawa kuasa zum di kamera telefon pintar ke tahap yang baru di P30 Pro dengan kemampuan 10x zum lossless yang tiada tandingan, serta berkebolehan sehingga maksimum 50x zum yang menghasilkan gambar yang kekal jelas dan tajam.

Gambar diambil menggunakan P30 Pro dengan 10x zum

Huawei P30 Leica tri-kamera

  • 3X Zum Optikal
  • 5X Zum Optikal+Digital
  • Maksimum zum 30X
BACA  Penjual di Malaysia akan pulangkan wang jika Google dan Facebook tidak berfungsi lagi di telefon Huawei

Huawei P30 Pro Leica kuad-camera

  • 5X Zum Optikal
  • 10X Zum Optikal+Digital
  • Maksimum zum sehingga 50X

Saksikan lebih banyak gambar contoh menggunakan zum dengan Huawei siri P30 di sini.

Gambar profesional yang kaya dengan warna dalam setiap tangkapan boleh dihasilkan dengan Huawei siri P30

Sensor Time-of-Flight yang terbina di dalam Huawei P30 Pro membolehkan efek bokeh lebih asli memberikan perbezaan ketara antara latar belakang dan depan

Sensor Time-of-Flight (ToF) di Huawei P30 Pro membolehkan kamera membezakan latar depan dan belakang dengan lebih baik untuk menghasilkan efek bokeh yang lebih asli dan boleh menyaingi kamera sebenar.

Sebagai tambahan kepada sensor ToF, siri P30 menggunakan teknologi AI HDR+ yang dipertingkatkan untuk memproses gambar dengan cahaya latar belakang yang mencabar dan menghasilkan gambar potret yang seimbang dengan latar cahaya kelihatan profesional.

Salah satu fungsi terbaik di Huawei siri P30 ialah kamera bersudut ultra lebar dengan sudut pandang 120-darjah yang membolehkan anda menangkap perspektif yang menakjubkan.

Gambar ditangkap menggunakan P30 Pro dengan mod Super Macro Mode yang terbina di dalam

Anda juga boleh mengambil gambar macro yang sangat dekat sehingga 2.5cm dari subjek untuk menangkap butiran yang jarang boleh dilihat dengan mata kasar.

Kebolehan video yang dipertingkat di Huawei siri P30 menjadikan ia mudah untuk menangkap setiap detik-detik istimewa yang berlaku

Kebolehan video yang dipertingkat di P30 dan P30 menjadikan ia mudah untuk mengambil gambar yang stabil dalam apa jua keadaan. Kebolehan menangkap video bercahaya malap turut dipertingkat yang membenarkan anda menangkap detik-detik istimewa walaupun dalam persekitaran yang kurang cahaya.

Siri Huawei P30 memperkenalkan ekspresi kreatif dalam rakaman video dengan mod baru dual-view video, mempergunakan kedua-dua lensa bersudut ultra lebar dan telephoto untuk komposisi unik.

BACA  Huawei mahu membuang ratusan pekerja akibat sekatan Amerika Syarikat

Prestasi dan spesifikasi tanpa kompromi

Siri Huawei P30 mewakili ekpresi muktamad terhadap apa yang perlu ada di telefon pintar flagship dengan spesifikasi yang direka untuk memenuhi keperluan anda seperti bateri besar (3,650mAh di P30 dan 4,200mAh di P20 Pro) yang boleh bertahan sepanjang hari.

Untuk memastikan pengecasan terpantas, P30 Pro dilengkapi pengecas Huawei SuperCharge 40W yang bole mengecas bateri dari 0 ke 70% dalam masa hanya 30 minit.

Di Malaysia, Huawei P30 dan P30 Pro dijual secara rasmi dengan harga seperti berikut:

Huawei P30

RAM 8GB + storan 128GB– RM2,699

Huawei P30 Pro

RAM 8GB + storan 256GB– RM3,799
RAM 8GB + storan 512GB– RM4,399

Terdapat pelbagai warna untuk dipilih termasuk: Black, Pearl White, Aurora dan Breathing Crystal

Huawei mengajak anda untuk mempersembahkan gambar anda yang diambil menggunakan siri P30 kepada dunia di dalam NEXT Image Awards.

Dengan kamera yang hebat, mengambil gambar yang kelihatan professional dengan P30 Pro sangat mudah. Menggunakan kamera secanggih ini, Huawei mengajak pengguna P30 Pro untuk menghantar gambar terbaik yang mereka ambil menggunakan P30 Pro ke NEXT Image Awards sambal berpeluang memenangi hadiah wang tunai bernilai USD 20,000 dan pelbagai hadiah lain yang menarik.

Dipertandingkan dalam 6 konsep kategori, NEXT Image Awards mensasarkan untuk meneroka ekspresi visual dengan mencabar apa yang telefon pintar Huawei mampu melakukannya.

Pertandingan ini terbuka kepada semua pengguna telefon pintar Huawei dalam kategori berikut:

  • Faces – Berkesperimen dengan identiti dan kuasa potret
  • Going the Distance – Menemui tempat baru dan pengalaman baru dengan menggunakan fungsi baru di telefon pintar, seperti lensa tele, sudut ultra lebar dan makro.
  • Hello, Life! – Berkongsi emosi atau inspiras dalam pengalaman hidup seharian
  • Storyboard – Bercerita tentang sesuatu kisah dalam 9 bingkai – grid bergambar yang mencipta naratif bermakna dan menarik
BACA  Jadual naik taraf EMUI 9.1 untuk peranti Huawei di Malaysia

Semua penyertaan akan turut menerima baucer RM50 dari https://shop.huawei.com/my/events/huawei-next-image-2019.html. Jadi tunggu apa lagi? Hantar penyertaan anda sekarang!

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://gallery.consumer.huawei.com/en/ atau Facebook HUAWEI www.facebook.com/HuaweiMobileMY