• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Adakah acuan tiga kamera ini rekaan untuk iPhone XI dan XI Max?

  • OLEH Najib
  • 10:29 am
  • 22/04/2019
  • Komen
Adakah acuan tiga kamera ini rekaan untuk iPhone XI dan XI Max?
Share on FacebookShare on Twitter

Dunia teknologi kini sudah dihidangkan dengan bukan dua atau tiga, tetapi empat malah lima kamera di belakang telefon pintar. Masih ada lebih dari 6 bulan model terbaru iPhone dijangka akan dilancarkan tetapi khabar angin tentang bilangan kamera belakang bertambah, semakin kuat diperkatakan.

Tahun ini, iPhone XI (disebut iPhone Eleven???) dan iPhone XI Max mungkin akan memiliki tiga kamera belakang. Perkara ini dilaporkan oleh Ben Geskin, berkenaan acuan rekabentuk iPhone XI dan XI Max yang dikongsikan beliau di twitter.



https://twitter.com/BenGeskin/status/1119599249866526722

Rekabentuk ini saling tak tumpah seperti gambaran yang dikongsikan oleh pembocor berita bersiri, OnLeaks awal tahun ini. Tiga kamera belakang di iPhone ini disusun dalam satu bonjolan empat segi sama, bersama LED Flash. Rupa ini sangat serupa dengan susunan kamera belakang Huawei Mate 20.

Gambaran iPhone XI oleh @OnLeaks

Acuan ini menunjukkan gambar depan dan belakang telefon. Di hadapan, masih kelihatan takuk yang sangat besar di atas skrin telefon. Ia seperti mengatakan, Apple akan mengekalkan fungsi Face ID dengan bantuan inframerah serta dot projector untuk mengecam wajah pengguna secara 3D.



Selain modul tiga kamera belakang, tidak kelihatan perbezaan ketara di depan dan belakang acuan iPhone XI dan XI Max ini. Apakah lagi teknologi baru yang mungkin dipasang Apple dalam iPhone XI dengna rupa yang masih sama dengan iPhone X ini?

Apple sering melancarkan iPhone terbaru sekitar bulan Oktober atau November. Maknanya, Apple masih ada banyak masa untuk membuat sebarang perubahan. Atau denan rekabentuk ini sudah memadai untuk iPhone berevolusi? Apa pendapat anda?

[Sumber: @BenGeskin]

Tags: appleiphoneiPhone XI
Najib

Najib

POPULAR

Adakah acuan tiga kamera ini rekaan untuk iPhone XI dan XI Max?

Adakah acuan tiga kamera ini rekaan untuk iPhone XI dan XI Max?

22 April 2019
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER