fbpx

Realme 3 Pro Bakal Jadi Telefon Berkemampuan 960fps Super Slow-Mo Termurah Dunia

Cengkaman Xiaomi dalam pasaran midrage semakin longgar dengan kehadiran satu lagi pencabar bernama Realme 3 Pro. Ahli pertama Realme 3 sudahpun memasuki Malaysia bulan lalu tapi versi Pro ini ada spesifikasi lebih tinggi daripada Redmi Note 7 Pro yang diangkat sebagai raja midrange setakat ini.

Mengekalkan rupa paras seperti Realme 3, ia miliki paparan sedikit besar iaitu 6.3″ dengan notch titisan air. Tapi paparan Realme 3 Pro lebih cantik kerana hadir dengan resolusi HD+ Penuh.

Specs yang menarik pada telefon ini adalah SoC yang diguna pakainya. Diperkasa Snapdragon 710, ia jauh lebih baik daripada Helio P60 yang menguasakan Realme 3 biasa yang dijual di Malaysia. Ia dilengkapi RAM sama ada 4GB ataupun 6GB dengan storan sehingga 128GB yang boleh diperluas.

Tak terhenti di situ, selain SoC premium, ia dilengkapi bateri besar iaitu 4,045mAh yang menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0. Ia mengisi 50% bateri dalam masa cuma 30 minit saja dengan mengepam masuk sehingga 20 watt tenaga. Namun, ia masih menggunakan port mikro-USB dan bukannya USB-C.

Di jabatan pengimejan, kamera utama telefon ini menggunakan sensor Sony IMX519 beresolusi 16MP F1.7 dengan dibantu oleh kamera sekunder 5MP F2.4. Berswafoto pula dilunaskan dengan kamera 25MP.

Ciri paling menarik dalam telefon midrange ini adalah kemampuan merakam video super slow-mo 960fps. Jika benar, ia mungkin adalah telefon berkemampuan sedemikian termurah dalam pasaran.

Harganya di India adalah seperti berikut:

  • RAM 4GB + storan 64GB – INR13,999 (~RM831)
  • RAM 6GB + storan 128GB – INR16,999 (~RM1,011)

Ia adalah harga yang sama dengan Redmi Note7 Pro sewaktu dilancarkan di India. Berita ketibaan telefon ini di Malaysia masih belum diketahui.

BACA  Ada mesej rahsia dalam video pelancaran Apple

Spesifikasi Realme 3 Pro

Paparan6.3"
FHD+
PemprosesSnapdragon 710
RAM4GB
6GB
Storan64GB
128GB
Sistem OperasiAndroid 9 Pie
Kamera belakang16MP F1.7
5MP F2.4
Kamera depan25MP
Bateri4,050mAh
VOOC 3.0 20W