fbpx

Sri Lanka Putuskan Akses Medsos Rakyatnya Bagi Bendung Fake News

Satu siri kekejaman yang paling buruk dalam sejarah Sri Lanka moden telah berlaku dan sekurang-kurangnya 200 nyawa melayang apabila beberapa gereja di sekitar negara itu telah dibom pengganas.

Namun, itu bukanlah satu-satunya masakan yang perlu ditangani kerajaan di sana, masalah terbaru timbul apabila ada pihak yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh.

Ia memaksa kerajaan terajuan Maithripala Sirisena menghalang akses media sosial (medsos) kepada rakyatnya.

Sejak 2 petang hari pengeboman, akses Whatsapp, Facebook, dan Instagram, antara medsos utama global sudahpun diberhentikan. Ia berikutan terdapat maklumat tak sahih mula tukar yang dipercayai boleh mencetuskan perbalahan lebih parah.

Misalnya, ada segelintir rakyat yang menerima butiran dua pengebom berani mati sedangkan sehingga kini masih belum ada pihak yang tampil mengakui pengeboman itu adalah tindakan mereka.

Medsos beroperasi berdasarkan algoritma yang disuap padanya. Ketiadaan empati dan kegagalan mengenal konteks adalah pedang bermata dua. Tugasnya hanya mengangkat kandungan yang mendapat banyak “hit” dari pengguna, termasuklah daripada kategori “fake news”.

Walaupun ada rakyat yang menyokong tindakan itu, ada juga yang membantah. Medsos adalah medium utama masa ini untuk orang berhubung dengan satu sama lain. Daripada situ jugalah mereka memastikan yang ahli keluarga mereka selamat.

[Sumber: NewYorkTimes, Gambar Pemuka]

BACA  Surface Pro 7 & Laptop 3 Tiba Di Malaysia