• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

#UCubaTry beri peluang orang ramai uji rangkaian 4G U Mobile tanpa had secara percuma

  • OLEH Najib
  • 8:34 am
  • 23/04/2019
  • Komen
#UCubaTry beri peluang orang ramai uji rangkaian 4G U Mobile tanpa had secara percuma
Share on FacebookShare on Twitter

U Mobile hari ini memperkenalkan kempen #UCubaTry untuk memberi peluang kepada orang ramai, mencuba rangkaian U Mobile yang telah dipertingkat kualitinya. Keyakinan U Mobile ini diterjemahkan dengan memberi percubaan selama 7-hari secara percuma bersama jaminan wang dipulangkan.

Tahun lepas sahaja, U Mobile telah memasang lebih 2,000 lokasi 4G LTE yang baru. Ini telah menyediakan liputan 4G yang lebih meluas di mana U Mobile menyatakan, ia meliputi 90% kawasan berpenduduk di Malaysia. Ia juga dibina untuk memberi pengalaman data tanpa had.



Untuk mendapatkan percubaan 7-hari data tanpa had ini, orang ramai boleh mendaftar di mana-mana cawangan U Mobile yang menyertai, dan membayar deposit RM99. Jika anda sukakan pengalaman internet tanpa had tersebut, deposit RM99 tadi akan digunakan untuk mengaktifkan pelan Unlimited Hero P99 pada hari ke-8.

Tetapi jika anda tidak berhasrat untuk terus menggunakannya, anda boleh membuat permohonan menamatkan percubaan di sini, selewat-lewatnya pada pukul 11.59 malam pada hari ke-7 percubaan.



Menurut soalan lazim (FAQ), U Mobile akan memulangkan deposit RM99 sepenuhnya dalam masa 14 hari bekerja dari tempoh permohonan menamatkan percubaan, dengan syarat pengguna menghantar permohonan menamatkan percubaan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Sepanjang tempoh percubaan selama 7-hari ini, pengguna akan menikmati internet berkelajuan tinggi tanpa had untuk kegunaan domestik, bersama strim video tanpa had dalam definisi standard (SD). Pengguna juga akan diberikan panggilan tanpa had ke talian tempatan serta 30GB data hotspot. Perlu diingatkan, pengguna tidak boleh mengaktifkan panggilan IDD dan perayauan antarabangsa, malah SMS juga tidak boleh digunakan semasa tempoh percubaan ini.

Selepas tamat tempoh percubaan 7-hari, pengguna boleh menggunakan semua kelebihan yang diberikan dalam pelan Unlimited Hero P99. Pada kadar RM99/bulan, pelan ini memberikan panggilan tanpa had ke semua talian tempatan, internet berkelajuan tinggi tanpa had, 30GB data hotspot serta 3GB perayauan data ke 12 negara setiap bulan.

Jika anda mahukan lebih banyak data hotspot serta menonton strim video pada definisi tinggi (HD), anda boleh menaik taraf ke pelan P139. Ia menyediakan 50GB data hotspot, perayauan data percuma di 36 negara dan juga menonton strim video HD tanpa had pada kadar RM139/bulan.

Jika berminat dan mahu mendapatkan maklumat lanjut, layari laman promosi #UCubaTry.

Tags: u mobileUCUbaTry
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
#UCubaTry beri peluang orang ramai uji rangkaian 4G U Mobile tanpa had secara percuma

#UCubaTry beri peluang orang ramai uji rangkaian 4G U Mobile tanpa had secara percuma

23 April 2019
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER