fbpx

Wiko Y60 miliki harga super rendah untuk telefon pintar Android 9 Pie

Wiko memang terkenal dengan barisan telefon pintar dengan harga yang amat mampu dimiliki. Terbaru, mereka memperkenalkan Wiko Y60 di Malaysia. Ia adalah telefon pintar dengan harga super rendah tetapi dilengkapi sistem operasi Android terkini.

Perkara menarik yang kami lihat pada Wiko Y60 ialah sistem operasi (OS) Android 9 Pie Go Edition yang digunakannya. Ia adalah (OS) Android yang tulen tanpa perubahan, tetapi Go Edition menerima sedikit ubahsuai agar ia mampu menjalankan pelbagai aplikasi dengan lancar. Walaupun dengan perkakas berkuasa rendah.

Jangan terkejut dengan perkakas yang terdapat di Wiko Y60. Ia diperkasa cip Cortex-A53 4 teras berkelajuan 1.3Ghz, bersama RAM 1GB dan storan 16GB. Kad mikroSD sehingga 128GB diterima untuk meluaskan storan.

Skrinnya berukuran 5.45 inci dengan resolusi VGA+ (960×480) sahaja. Skrin ini memiliki panjang bernisbah 18:9 dan mungkin berita baik kerana ia tiada takuk. Bateri sebesar 2,500mAh dipasang di dalamnya.

Telefon ini menyokong rangkaian 4G melalui dua slot kad sim. Ia memiliki kamera belakang 5MP dan kamera hadapan 5MP.

Dari semua perkakas yang disenaraikan, nampak macam rendah prestasikan. Tapi tak usah risau, kerana telefon ini disasarkan untuk mereka dengan bajet rendah tetapi masih boleh menjalankan aplikasi telefon pintar yang biasa.

Wiko Y60 dijual di Malaysia pada harga RM269 sahaja. Hadiah percuma berupa Wiko i-ring diberikan untuk pembelian dari 24 April sehingga 21 Mei 2019.

Terdapat tiga warna boleh dipilih untuk Wiko Y60, antara emas, hitam atau biru hijau. Ia datang bersama jaminan selama setahun serta penggantian 1-ke-1 dalam masa 120 hari dari tarikh pembelian.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Wiko Malaysia atau Facebook Wiko Malaysia.

BACA  Rekaan Radikal Mi MIX Alpha Tampilkan Nisbah Badan-Ke-Paparan 180%