• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy A70 mula dijual di Malaysia dengan harga di bawah RM2,000

  • OLEH Najib
  • 5:08 pm
  • 25/04/2019
  • Komen
Samsung Galaxy A70 lulus ujian pengesahan SIRIM dengan satu kekurangan ketara
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Galaxy A oleh Samsung tahun ini menarik minat ramai pengguna kerana harganya yang kini jauh lebih murah dan boleh menyaingi jenama China seperti Xiaomi dan Honor. Ramai yang menantikan harga jualan Galaxy A70 dan Galaxy A80 yang baru dilancarkan di Bangkok awal bulan ini. Tetapi harganya mungkin membuatkan ramai lari darinya.

DirectD telah mula menjual set rasmi Galaxy A70 di Malaysia, pada harga RM1,999. Galaxy A70 ini datang bersama RAM 8GB dan storan 128GB. Ia ditawarkan dalam tiga jenis warna iaitu hitam, biru dan putih. DirectD turut memberi hadiah percuma berupa kad mikroSD Samsung 64GB.



Harga ini hampir sama dengan harga jualan Galaxy A70 di China iaitu RMB3,299 (~RM2,032). Tetapi China turut menjual Galaxy A70 dengan RAM lebih rendah 6GB, pada harga RMB2,999 (~RM1,839).

Buat yang belum mengenali, Galaxy A70 memiliki skrin yang lebih besar dari Galaxy S10+. Skrinnya berukuran 6.7-inci, dari jenis Super AMOLED Infinity-U yang bertakuk kecil di dahi. Tetapi resolusi hanya setakat HD Penuh+ 2400×1080.



Bateri sebesar 4,500mAh berjaya dimuatkan ke dalam badan besar Galaxy A70. Ia mengecas melalui port USB-C dan menyokong pengecasan pantas baru 25W. Tiada sokongan pengecas wayarles padanya.

Kuasa di dalamnya digerakkan oleh cip pemproses Snapdragon 675, bersama RAM 6GB atau 8GB, serta storan sebanyak 128GB. Menariknya, ia memiliki tiga slot kad, membolehkan dua kad sim dan 1 kad mikroSD sehingga 512GB digunakan serentak.

Telefon ini ada tiga kamera belakang, gandingan lensa utama 32MP F1.7, lensa ultra lebar 8MP F2.2 dan lensa pengesan kedalaman 5MP F2.2. Kamera hadapan yang terletak di dalam takuk pula, menggunakan lensa 32MP F2.0.

Jika berminat untuk membelinya, anda boleh mendapatkannya dengan mengunjungi mana-mana cawangan DirectD, dan laman web DirectD.

Tags: Galaxy A70samsungsamsung galaxy a70
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Samsung Galaxy A70 lulus ujian pengesahan SIRIM dengan satu kekurangan ketara

Galaxy A70 mula dijual di Malaysia dengan harga di bawah RM2,000

25 April 2019
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER