fbpx

Ini harga Galaxy A70 dijual di beberapa negara

Ramai yang tertanya-tanya tentang harga jualan Galaxy A70 di Malaysia. Ia masih belum diumumkan sehingga kini tetapi kita boleh membuat anggaran kasar tentangnya berdasarkan harga yang dijual di negara lain. China dan Indonesia nampaknya telah mengumumkan harga jualan Galaxy A70.

Di China, Samsung telah mula membuka tempahan awal Galaxy A70 dalam dua jenis pilihan RAM. Galaxy A70 dengan RAM 6GB dan storan 128GB berharga RMB2,999 (~RM1,839) manakala Galaxy A70 dengan RAM 8GB dan storan 128GB pula berharga RMB3,299 (~RM2,032).

Sementara itu di Indonesia, laman Kompas.com melaporkan Galaxy A70 akan dijual pada harga IDR5.799.000 (~RM1,695). Tidak pula dinyatakan berapa RAM dan storannya. Tetapi sebagai promosi tempahan awal, Samsung Indonesia menawarkan tunai kembali atau diskaun sebanyak IDR500.000 (~RM146).

Dari harga begini, sedikit sebanyak kita boleh membuat anggaran untuk harga jualan Galaxy A70 di Malaysia. Dari harga peranti sebelum ini, harga telefon Samsung di Malaysia selalunya lebih rendah dari Indonesia dan China.

Contohnya, Galaxy S10e berharga RM2,699 di Malaysia tetapi di China, ia berharga RMB4,999 (~RM3,065) dan di Indonesia pula, IDR10.499.000 (~RM3,069). Galaxy S10+ 128GB pula, berharga RM3,699 di Malaysia, RMB6,999 (~RM4,292) di China dan IDR13.999.000 (~RM4,093) di Indonesia.

Untuk Galaxy A70 ni, anggaran kami ia akan dijual sekitar RM1,400 ke RM1,600. Sudah pasti lebih mahal dari Galaxy A50 yang berharga RM1,199 dengan RAM 4GB dan storan 128GB.

Kalau harganya RM1,500, ia akan bersaing dengan peranti seperti Pocophone F1 dan Mi 8. Tetapi kelebihan Galaxy A70 ialah skrin besar 6.7-inci dan bateri mega 4,5000mAh. Apakah pilihan anda?

BACA  Tangkap gambar mengikut tema dan menangi Galaxy Note 10