• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Y3 pakar swafoto cilik yang lebih berkuasa

  • OLEH Najib
  • 7:19 pm
  • 25/04/2019
  • Komen
Redmi Y3 pakar swafoto cilik yang lebih berkuasa
Share on FacebookShare on Twitter

Di India, Xiaomi baru melancarkan satu lagi model telefon pintar dengan bajet amat mampu milik, Redmi Y3. Ia sebenarnya amat mirip dengan Redmi 7 dengan satu perbezaan besar, kamera depan 32MP.

Dari luar, tidak ada perbezaan antara Redmi Y3 dan Redmi 7. Kedua-duanya memiliki skrin 6.26-inci degnan takuk kecil titisan air dan resolus HD+ sahaja. Tetapi Redmi Y3 menggunakan kaca Corning Gorilla Glass 5, salah satu kelebihan Redmi Y3.



Kuasa Redmi Y3 digerakkan oleh pemproses Snapdragon 632. Ia datang dengan pilihan RAM 3GB dan storan 32GB, atau RAM 4GB dan storan 64GB. Pilihan yang lebih berkuasa berbanding Redmi 7 yang terhad dengan RAM 3GB dan storan 32GB.

Redmi Y3 memiliki tiga slot kad, boleh memuatkan dua kad sim nano dan kad mikroSD sehingga 512GB serentak. Telefon ini juga masih memiliki jek audio 3.5mm dan pemancar infra merah (IR).



Dua kamera dipasang di belakang Redmi 7, gandingan lensa 12MP F2.2 dan lensa pengesan kedalaman 2MP. Kamera hadapan pula menggunakan lensa 32MP F2.25 dilengkapi teknologi AI Beautify 4.0. Untuk suasana rendah cahaya, ia boleh menggabungkan 4 piksel berhampiran, membentuk piksel besar 1.6-mikron untuk menghasilkan gambar lebih cerah.

Bateri yang sama sebesar 4,000mAh terdapat di dalam Redmi Y3. Ia dicas melalui port mikroUSB.

Telefon pintar Redmi Y3 akan dijual di India dengan harga berikut:

  • Redmi Y3 (RAM 3GB + storan 32GB) – INR9,999 (~RM591)
  • Redmi Y3 (RAM 4GB + storan 64GB) – INR11,999 (~RM709)

Tiada maklumat tentang penjualannya di luar India. Dari spesifikasinya, telefon ini mungkin akan menggantikan tempat Redmi S2 yang dijual di Malaysia bermula Mei tahun lepas pada harga RM679.

Tags: Redmi Y3xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Redmi Y3 pakar swafoto cilik yang lebih berkuasa

Redmi Y3 pakar swafoto cilik yang lebih berkuasa

25 April 2019
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER