fbpx

Ambil Gambar, Menangi Huawei 30 Pro Dan Wang Tunai USD 20,000. Hanya Semudah Itu!

Inilah cara termudah untuk menangi sebuah Huawei P30 Pro dan berpeluang beroleh USD20,000 dengan hanya mengambil gambar menggunakan telefon Huawei.

Pesanan ini dibawakan kepada anda oleh Huawei

Huawei sedang menyeru anda, jurugambar tunas, untuk mengambil bahagian dalam pertandingan fotografi tahunan mereka, “Huawei Mengolah Semula Hukum Fotografi”. Apa yang anda perlu lakukan cumalah ambil gambar menggunakan apa-apa telefon Huawei dan terus anda berpeluang untuk menangi pelbagai hadiah menarik seperti Huawei P30 Pro, Huawei nova 4, Huawei WATCH GT (edisi 46mm), dan banyak lagi.

Gambar penyertaan pertandingan “Huawei Mengolah Semula Hukum Fotografi” turut akan dinilai untuk merebut Anugerah NEXT Image yang menyediakan wang tunai USD 20,000 dan pelbagai hadiah menarik yang lain.

Anugerah NEXT Image mengandungi enam kategori mengikut konseip yang bertujuan untuk memperluas sempadan fotografi yang boleh diteroka bagi mengungkap visual dan kebudayaan gaya baru menerusi lensa mantap telefon Huawei. Tip: Anda boleh menghantar satu gambar untuk setiap kategori dan anda boleh menghantar sehingga 30 gambar!

  • Wajah: Berekseperimen dengan genre fotografi portret.
  • Penerokaan Tanpa Batas: Terokai lokasi dan pengalaman unik menggunakan lensa zum, ultralebar, ataupun makro.
  • Khabar Hidup: Kongsi emosi dan pengalaman dalam kehidupan seharian
  • Papan Cerita: Bercerita menggunakan hanya 9 gambar – gambar disusun dalam bentuk grid dalam keadaan bermakna.
  • Tag #Emosi: Ekspresi emosi melalui gambar
  • Vipen: Bercerita melalui video kurang daripada 30 saat.

Sebagai panduan sebelum anda menyertai pertandingani ini, berikut adalah beberapa tips dan helah yang boleh anda gunakan untuk tingkatkan peluang anda menang. Semoga Berjaya!

Fotografi Cahaya Malap: Cahaya Kecil Berikan Kesan Besar

Huawei P30 Pro adalah telefon pertama yang menampilkan Sistem Kuadkamera Leica yang salah satunya dikuasakan sensor 40MP Super Sensing. Bersama-sama dengan sensor ultrapeka RYYB, ISP (Pemerosesan Isyarat Imej) berprestasi tinggi, dan enjin AI supersensitif, kamera Huawei P30 Pro mampu melonjakkan kepekaan ISO-nya sehingga 409,000 untuk gambar yang lebih tajam dan jelas walaupun dalam persekitaraan pencahayaan ekstrim.

BACA  Huawei Nova 5T akan membuat kemunculan sulung di Kuala Lumpur
Imej oleh Faliq Fahmie menerusi lensa Huawei P30 Pro

Manfaatkan sepenuhnya teknologi SuperSpectrum:

Salah satu kelebihan Huawei P30 Pro adalah mengambil gambar dalam keadaan malap tanpa tripod. Sambil memegang telefon, anda hanya perlu menyentuh butang pengatup untuk mendapatkan gambar tajam, bebas kabur, dan berperincian tinggi dalam keadaan malap. Semuanya berlaku secara automatic, anda tak perlu mengubah apa-apa tetapan telefon. Cuba bayangkan potensi yang boleh anda teroka apabila P30 Pro berada dalam tangan.

Gambar di atas ini boleh dimasukkan dalam kategori Penerokaan Tanpa Batas, Khabar Hidup, Tag #Emosi

Subjek jauh? Zum saja!

Menerusi inovasi lensa periskop, Huawei P30 Pro mampu mengezum sebanyak 5x optikal, 10x hibrid, dan sehingga 50x. Satu elemen prisma hadir pada modul kamera telefon ini yang memantulkan cahaya pada sudut tepat untuk mempertingkat jarak fokal tanpa mengorbankan ketinggian kamera. Ia membolehkan Huawei P30 Pro bukan saja kekal nipis, malah menyediakan ciri zum setara kelengkapan professional dengan bantuan teknologi penstabil imej optikal (OIS).

Teknologi superzum tersedia:
Tangkap gambar dengan butiran mengagumkan guna ciri mengezum 50x Huawei P30 Pro. Terokai perspektif baru dengan kejituan tinggi melalui lensa superzum, sesuatu yang anda pernah tercapai sebelum ini.

Amat demonstrasi capaian lensa-lensa yang ada pada Huawei P30 Pro di bawah.

Abadikan seribu satu kenangan dalam satu imej menerusi lensa Ultra-Wide Angle

Lensa bersudut ultralebar 16mm beresolusi 20MP pada Huawei siri P30 boleh memberikan rasa lapang pada gambar dan tak memerlukan anda melangkah kebelakang untuk memuatkan semua subjek. Tapi ia tidak bermakna lensa ini untuk tujuan pemandangan, anda boleh berada serapat 2.5cm daripada subjek untuk sekeping gambar makro.

Tips gambar ultralebar dan makro

Leretkan tombol zum kebelakang untuk aktifkan kamera ultralebar 0.6x. Jika kamera mengesan subjek sehampir 2.5cm, ia akan mengaktifkan pula mode supermakro. Semuanya berlaku secara automatik.

BACA  Huawei sediakan baucer SGD500,000 sebagai tanda minta maaf

Kenali sensor Time Of Flight (ToF)

Sensor ToF yang terbina dalam modul pengimejan Huawei P30 Pro sangat sesuai digunakan untuk gambar portret. Sensor ini mampu mensimulasikan kesan bokeh tanpa peralatan mahal seperti kamera DSLR dan lensanya. ToF akan mengasingkan subjek daripada latar belakang dengan tepat sekali agar kesan kabur pada latar lebih cantik dan jitu.

Tips memanfaatkan teknologi ToF:

Cuma pilih mode Portrait pada telefon anda dan pastikan subjek berada tidak lebih daripada 2 meter dairpada telefon untuk kesan bokeh terbaik.

Gambar berlatar cerah dengan kehebatan Huawei AI HDR+

Dalam keadaan inilah Huawei siri P30 lebih baik berbanding pesaingnya. Dengan bantuan AI HDR+, telefon mampu mengesan elemen yang dilihatnya, sama ada wajah, banggunan, matahari, dan sebahagainya. Berdasarkan elemen yang dilihatnya, ia akan mewujudkan peta dedahan dan dengan pintarnya, menyunting dedahan untuk menyeimbangkan kawasan terang dan bebayang. Maka, hasil gambar anda akan sentiasa seimbang dedahannya untuk hasil lebih realistik dan semula jadi.

Tips mengambil gambar berlatar cerah

Aktifkan mode HDR untuk mengarahkan telefon menyeimbangkan dedahan secara automatic. Tunggu telefon membidik fokus sebelum merakamnya. Itu saja!

Lagi Idea Untuk Anda…

Apa yang anda tunggi lagi? Capai sebarang telefon Huawei dan ambil gambar menggunakan tip-tip di atas. Hantarkan penyertaan anda sekarang!

Tentang pertandingan Huawei Mengolah Semula Hukum Fotografi

Menyertainya amat mudah. Anda hanya perlu pergi ke mana-mana platform ini, ikuti arahan yang tertera padanya dan anda berpeluang untuk menangi sebuah Huawei P30 Pro, Huawei nova 4, dan Huawei WATCH GT (edisi 46mm), dan banyak lagi.

Cara-cara menyertai:

  1. Tangkap gambar sekreatif mungkin menggunakan apa-apa telefon Huawei. Pastikan tera air diaktifkan.
  2. Sediakan kapsyen ringkas untuk menerangkan gambar anda
  3. Muat naik gambar ke media social Bersama-sama hastags berkenaan.
BACA  Teka harga dan menang Huawei Y9 Prime 2019 yang baru

Anda boleh lawati mana-mana platform media ini untuk maklumat yang lebih terperinci: