fbpx

Honor View 20 lebih murah sehingga RM300 di Stor Online Rasmi

Honor View 20 ialah telefon pintar keluaran Honor yang paling berkuasa masakini. Ia dilancarkan pada awal tahun ini, dikuasakan cip Kirin 980 terbaru, RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 256GB.

Kini anda boleh membeli View 20 dengan diskaun sehingga RM300. Honor Malaysia kini menawarkan tunai kembali untuk pembelian View 20 menerusi Stor Online Rasmi Honor Malaysia di alamat hihonor.com/my.

Honor View 20 dengan RAM 6GB dan storan 128GB diberikan tunai kembali sebanyak RM200. Manakala model RAM 8GB dan storan 256GB pula menerima tunai kembali sebanyak RM300. Berikut ialah harga View 20 selepas dikembalikan wang tunai:

  • Honor View 20 (RAM 6GB + storan 128GB) = RM1,999 RM1,799
  • Honor View 20 (RAM 8GB + storan 256GB) = RM2,499 RM2,199

View 20 dipromosikan dengan tiga ciri utama yang menarik. Pertama ialah kamera belakang beresolusi super tinggi 48MP. Kedua ialah skrin nirbingkai berlubang All-View Display dan ketiga ialah Link Turbo.

Telefon ini memiliki skrin nirbingkai berlubang, pertama seumpamanya untuk Honor, berukuran 6.4-inci dengan resolusi FullHD+. Lubang pada skrin ini memuatkan kamera hadapan 25MP. Untuk kamera belakang pula, ia memiliki dua lensa iaitu lensa utama 48MP F1.8 bersama lensa kedua ToF (Time of Flight) untuk pengesanan kedalaman 3D.

View 20 dipasang bateri besar 4,000mAh dan disertakan pengecas pantas SuperCharger 22.5W melalui port USB-C. Ia datang siap dengan sistem operasi Android 9.0 Pie dengan antaramuka Honor MagicUI 2.0.1 di atasnya.

Tambah menarik, Honor View 20 masih mengekalkan jek audio 3.5mm serta pemancara infra merah. Tetapi ia tidak memiliki kekalisan dari air dan debu serta tiada pengecasan wayarles.

Jika berminat dengan tawaran Honor View 20 ini, segera berkunjung ke Stor Online Rasmi Honor Malaysia sekarang.

BACA  Honor melanjutkan kempen jaminan tahun kedua Rileks, Beli je

Kenali Honor View 20 lebih lanjut menerusi artikel dan video di bawah.