fbpx

EOS 200D II Masuki Malaysia Dan Sesuai Jadi Kamera Pertama Anda

Ini adalah kamera pertama Canon untuk tahun 2019 di Malaysia dan ia hadir dalam bentuk produk entry level EOS 200D II. Masih menaruh kepercayaan kepada kamera berformat DSLR ini, 200D II miliki specs selari dengan EOS M50.

Berbanding generasi sebelumnya, model yang dikemas kini ini diperkasa pemproses DiGiC 8 bersama-sama sensor APS-C 24MP. Tambah menarik, kamera ini turut dilengkapi sistempemfokusan Dual Pixel yang menjanjikan presos membidik fokus superpantas.

Jika anda menggunakan kamera ini untuk merakam video, ia boleh merekodkan video 4K pada kadar 24 bingkai sesaat. Walau bagaimanapun, penyakit Canon untuk tak mengkanibalisasikan siri C mereka tetap ada. Kamera ini akan crop 1.6X sejurus butang rekod ditekan.

Namun, jika anda kekal di 1080p, anda boleh merakam sepantas 60fps. Satu lagi fungsi berguna adalah paparan boleh kilas sebesar 3″ beresolusi 1.04MP. Untuk memindahkan gambar, anda boleh menggunakan Wi-Fi, Bluetooth, ataupun sambungan kabel USB.

Canon EOS 200D II dijual pada harga RM2,999 sebuah dan ia didatangkan dengan kit lens 18-55mm. Anda boleh mendapatkannya di pengedar sah produk Canon di seluruh negara.

Spesifikasi Asas EOS 200D II

Dimensi122.4 x 92.6 x 69.8
Berat~656g
Sensor24m1MP APS-C
Pemproses ImejDiGiC 8
ISO100 - 25600 (H:512000)
Tangkapan SelanjarSehingga 5fps
Video[email protected]/25fps
[email protected]
AutofokusDualpixel
9 AF
KetersambunganWi-F
Bluetooth
LCD3"@1.04MP
BateriLP-E17
BACA  iQoo Neo bijak perkenal prestasi tinggi pada harga rendah