• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi 9 SE flagship versi kompak dengan harga lebih mampu milik

  • OLEH Najib
  • 9:53 pm
  • 30/04/2019
  • Komen
Mi 9 SE flagship versi kompak dengan harga lebih mampu milik
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda meminati Mi 9 tetapi bajet tak mencapai harganya, anda boleh mendapatkan Mi 9 SE dengan prestasi dikurangkan sedikit. Sudah pasti, harganya juga lebih rendah dari Mi 9.

Mi 9 SE hari ini dilancarkan di Malaysia secara dalam talian, menerusi Facebook Live Xiaomi Malaysia. Dalam acara tersebut, mereka turut memberikan edisi istimewa, Mi 9 SE Brown Bear.



Telefon pintar Mi 9 SE lebih kecil dengan saiz skrin berukuran 5.97-inci HD Penuh, menggunakan paparan AMOLED. Kuasanya digerakkan oleh pemproses Snapdragon 712 bersama RAM 6GB. Storan pula di antara 64GB dan 128GB, tetapi tidak menerima sebarang storan tambahan.

Kamera belakang Mi 9 SE juga menggunakan tiga lensa, gandingan lensa utama 48MP F1.75, lensa ultra lebar 13MP F2.4 dan lensa telefoto 8MP F2.4. Untuk swafoto, ia dibekalkan kamera hadpaan 20MP yang terletak di dalam takuk kecil di atas skrin.



Dengan saiz lebih kecil, Mi 9 SE turut dipasang bateri lebih kecil, berkapasiti 3,070mAh dan dicas melalui USB-C. Ia datang bersama pengecas pantas 18W menggunakan port USB-C. Telefon ini turut datang dengan NFC dan memiliki pengimbas capjari di dalam skrin.

Mi 9 SE akan dijual di Malaysia berharga RM1,299 (6GB/64GB) dan RM1,499 (6GB/128GB) bermula hari Sabtu ini, 4 Mei 2019. Ia boleh didapati di Stor Online Xiaomi di Lazada dan Shopee, serta kedai fizikal Mi Store di seluruh negara. Terdapat dua warna disediakan, biru dan hitam.

Pembeli terawal turut akan menerima hadiah berupa Mi Powerbank 10,000mAh 2S. Selagi stok masih ada

Tags: Mi 9 SExiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

5 Ogos 2022
Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

9 Ogos 2022
China akan dilarang jual telefon murah di India

China akan dilarang jual telefon murah di India

9 Ogos 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022
Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

5 Ogos 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER