• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dapatkan OPPO F11 Pro Avengers secara percuma dengan pascabayar Celcom

  • OLEH Najib
  • 4:44 pm
  • 30/04/2019
  • Komen
Dapatkan OPPO F11 Pro Avengers secara percuma dengan pascabayar Celcom
Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena tayangan Avengers: Endgame, Oppo turut melancarkan telefon Oppo F11 Pro Avengers Limited Edition di Malaysia. Tempahan awal sedang berjalan sekarang dan ia dijangka akan mula dihantar hujung minggu ini.

Jika anda berminat mendapatkannya dengan subsidi pelan pascabayar, Celcom kini menawarkannya pada harga serendah RM0 atau percuma, bersama kontrak pelan pascabayar mereka.



PelanDataPerantiWang Pendahuluan
Gold Plus (RM98)40GBRM698RM300
Gold Supreme (RM128)50GBRM538RM450
Platinum (RM148)60GBRM199RM800
Platinum Plus (RM188)100GBRM0 (PERCUMA)RM1,000

Sebanyak empat pelan pascabayar Celcom ditawarkan dengan Oppo F11 Pro Avengers, dari serendah RM98/bulan. Semasa pendaftaran, pengguna perlu membayar wang pendahuluan dan ia akan direbatkan semula ke dalam bil akan datang.

Tempahan awal dari Celcom akan bermula pada 1 Mei 2019 di Stor Online Celcom. Tawaran ini boleh ditemui di cawangan Celcom Bluecube pengedar sah bermula 4 Mei 2019.



Secara teknikal, tidak ada perbezaan antara edisi terhad ini dan F11 Pro yang biasa. Kecuali pada satu perkara. Storan F11 Pro Marvel Avenger Edisi Terhad digandakan ke 128GB, berbanding hanya 64GB di F11 Pro biasa.

Selain itu adalah sama. Ia memiliki skrin tanpa takuk berukuran 6.5-inci dengan resolusi HD Penuh+. Kuasanya pula digerakkan oleh cip pemproses Mediatek Helio P70, bersama RAM 6GB.

Kamera belakangnya dwi-lensa, gabungan lensa utama 48MP dan lensa kedua pengesan kedalaman 5MP. Kamera hadapan pula, tersembunyi di dalam modul boleh simpan. Kamera swafoto ini menggunakan sensor 16MP.

Bateri di dalam sebesar 4,000mAh dan datang dengan pengecas VOOC 3.0 tetapi sayang, masih menggunakan port mikroUSB bukan USB-C. Pengimbas capjari fizikal terletak di belakang, di bawah kamera.

Perbezaan ketara F11 Pro Marvel Avenger ialah di luar. Kemasan belakangnya menggunakan warna biru dua tona, yang berubah antara biru cerah dan biru gelap. Logo Avengers iaitu huruf A berwarna merah turut ditampal di belakang telefon. Menambah keunikan telefon ini ialah logo kecil Avengers di atas kamera belakang.

Keistimewaan edisi terhad ini ditambah lagi dengan kotak khas berwarna hitam, dengan logo Avengers dicetak padanya. Apabila dibuka, dapat kelihatan butang logo adiwira Avengers iaitu Thor, Captain America, Iron Man, Black Widow, Hulk dan Hawkeye.

Oppo turut memberikan casing khas bersama edisi terhad ini. Casing tersebut berwarna biru dan memiliki perisai Captain Amerika yang tertonjol. Ia berfungsi seperti cincin yang memudahkan telefon dipegang.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: Avengerscelcomoppooppo f11 pro
Najib

Najib

POPULAR

Dapatkan OPPO F11 Pro Avengers secara percuma dengan pascabayar Celcom

Dapatkan OPPO F11 Pro Avengers secara percuma dengan pascabayar Celcom

30 April 2019
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN