• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Alternatif Tinder, Facebook Dating tiba di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 9:01 am
  • 02/05/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam acara F8 baru-baru ini, Facebook mengumumkan telah mengembangkan fungsi Facebook Dating ke 14 negara baru. Antaranya ialah Filipina, Singapura, Vietnam dan Malaysia. Ia adalah fungsi mencari jodoh, yang sebelum ini terdapat di Colombia, Thailand, Kanada, Argentina dan Mexico.

Dengan Facebook Dating, pengguna boleh mencipta profil berbeza dari profil peribadi Facebook. Ia kemudiannya akan mencadangkan pasangan berpotensi berdasarkan kegemaran anda, minat yang sama dan persamaan rakan.



Secara lalai, ia tidak akan mencadangkan profil dating anda kepada rakan Facebook sekarang. Anda juga boleh memilih untuk tidak dicadangkan rakan kepada rakan Facebook anda.

Untuk membantu orang lain lebih memahami diri anda, anda perlu menjawab beberapa persoalan yang disediakan dan ia akan dipaparkan di profil Facebook Dating anda.



Jika mahu mencubanya sekarang, hanya tekan pada menu Facebook dan Dating akan kelihatan sebagai pilihan baru di sana. Mereka yang telah meletakkan status telah berkahwin di Facebook, juga boleh membuka profil Dating.

Secret Crush

Selain Dating, Facebook turut mengumumkan fungsi Secret Crush. Ia adalah cara untuk membantu mereka yang pemalu, mendekati orang yang mereka suka. Anda boleh menambah sehingga 9 orang rakan di Facebook ke dalam senarai Secret Crush. Jika mereka juga menambah anda ke dalam senarai Secret Crush, kedua-duanya akan dimaklumkan tentang persamaan ini.

Tetapi fungsi ini hanya aktif jika kedua-duanya memiliki profil Dating. Jika orang yang anda minati memiliki profil Dating, mereka akan dimaklumkan terdapat seseorang yang meminati mereka, tetapi mereka tidak akan mengetahui siapa sehingga memasukkan anda ke dalam senarai Secret Crush.

Tags: FacebookSecret Crush
Najib

Najib

POPULAR

Maybank Secure2u kini perlu diaktifkan di ATM untuk keselamatan lebih terjamin

Maybank Secure2u kini perlu diaktifkan di ATM untuk keselamatan lebih terjamin

3 November 2023
SMTrack sanggah kaitan mereka dengan pelaksanaan RFID di Plaza Tol

Ini sebab kenapa ada TNG RFID luput 31 Januari 2024

27 November 2023
Panggilan terputus iPhone 12 & iPhone 13 dibaiki dalam iOS 15.1.1

iPhone terpakai yang berbaloi untuk dibeli sekarang

25 November 2023
Satu lagi syarikat penerbangan Malaysia hadapi masalah kewangan, operasi digantung

Satu lagi syarikat penerbangan Malaysia hadapi masalah kewangan, operasi digantung

21 November 2023

Alternatif Tinder, Facebook Dating tiba di Malaysia

2 Mei 2019
TNG tawar tag RFID RM19.50, ini perkara yang perlu anda tahu

TNG tawar tag RFID RM19.50, ini perkara yang perlu anda tahu

27 November 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER