• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin Lancar 5 Model Forerunner Baru Untuk Tawan Marathon 2019 Anda

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:15 pm
  • 02/05/2019
  • Komen
Garmin Lancar 5 Model Forerunner Baru Untuk Tawan Marathon 2019 Anda
Share on FacebookShare on Twitter

Pengeluar kelengkapan penjejak berasaskan GPS terkenal, Garmin telah mengemas kini penawaran produk penjejak sukan mereka apabila mengumumkan 5 model baru Garmin Forerunner.

Siri Forerunner adalah barisan jam tangan yang ditujukan pada golongan aktif bersukan memantau prestasi senaman mereka. Ia berada di bawah siri yang lebih premium iaitu Fenix, siri yang menyerupai Forerunner tapi miliki binaan lebih teguh untuk yang bersukan lasak.



5 model yang diumumkan ialah:

  1. Forerunner 945
  2. Forerunner 245 Music
  3. Forerunner 245
  4. Forerunner 45
  5. Forerunner 45S

Forerunner 945

Forerunner 945 adalah model flagship dalam siri ini. Anda boleh jangkakan fungsi yang paling lengkap dalam kalangan 5 bersaudara ini. Daripada segi fizikaliti, 945 miliki rupa paras serupa dengan model 934 yang diumumkan tahun sudah. Tapi jangan tertipu dengan rupa parasnya kerana Garmin melakukan pelbagai penambahbaikkan pada model ini berbanding sebelumnya.



Ia kini boleh menyimpan sehingga 1,000 lagu untuk temani aktiviti senaman anda. Lebih menarik, ia boleh disambungkan dengan platform Spotify dan Deezer untuk anda dengar lagu secara streaming.

Fungsi Garmin Pay turut hadir dalam FR 945 yang bertindak macam Samsung Pay. Walau bagaimanapaun, ia tertakluk pada penyedia perkhidmatan kewangan anda sama ada menyokong fungsi itu atau tidak.

Daripada segi data aktiviti, ia adalah jam penjejeak multisukan yang lengkap. Anda boleh memantau prestasi sukan anda dengan merujuk pada pelbagai data daripada sensor satelit geolokasi, kompas, akselerometer, dan pengimbas nadi.

https://www.youtube.com/watch?v=hr73fHOeRbs

Daripada segi ketahanan bateri, FR945 boleh bertahan sehingga 14 hari lamanya dalam mod jam tangan. Apabila menjejak, ia boleh bertahan sehingga 36 jam lamanya.

Forerunner 245 Music & Forerunner 245

Dua model seterusnya adalah versi lite kepada FR945. Forerunner 245 miliki fungsi yang lebih ringkas. Walaupun sensor-sensor yang sama boleh ditemui, anda kehilangan fungsi penjejak multisukan dan tidak boleh melihat peta topografi sekiranya anda bawanya mengembara dalam hutan belantara.

FR245 Music miliki sedikit kelebihan berbanding FR245 daripada segi kemampuan menampung lagu secara offline dan juga berstrim lagu dari Internet. Jadi, jam ini sesuai untuk pengguna kasual yang menyertai marathon diseluruh negara secara aktif.

Daripada segi ketahanan bateri, FR245 Music boleh bertahan sehingga 7 hari lamanya ataupun 24 jam apabila menjejak aktiviti menggunakan GPS.

Forerunner 45 & Forerunner 45S

Ini adalah versi paling ringkas dalam penawaran kali ini. Ia sesuai untuk yang hanya perlukan gajet untuk menjejak aktiviti seharian dan pergi beraktiviti luar sekali-sekala.

Beza FR45 dan FR45S adalah pada saiz tali jam. FR45 diberikan saiz tali 42mm manakala saudaranya FR45S miliki saiz 39mm.

Daripada segi fungsi dalaman, kedua-duanya adalah sama antara satu sama lain. Ia boleh digunakan untuk merekodkan aktiviti seperti berbasikal, yoga, joging, dan sebagainya.

Ia boleh bertahan selama 7 hari lamanya dalam mod jam ataupun 13 jam apabila mod GPS diaktifkan.

Harga

Di US, produk-produk baru ini boleh didapatkan pada harga seperti berikut:

  • Forerunner 945 – USD 600 (~RM2,481)
  • Forerunner 245 Music – USD 350 (~RM1,448)
  • Forerunner 245 – USD 300 (~RM1,240)
  • Forerunner 45S & 45 – USD 200 (~RM827)
Tags: garmingarmin forerunnergarmin forerunner 245garmin forerunner 245 musicgarmin forerunner 45garmin forerunner 45sgarmin forerunner 945
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Garmin Lancar 5 Model Forerunner Baru Untuk Tawan Marathon 2019 Anda

Garmin Lancar 5 Model Forerunner Baru Untuk Tawan Marathon 2019 Anda

2 May 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER