• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Sembunyi ‘Likes’ dan ‘Viewers’, Instagram mahu menentang gejala buli siber

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 6:22 pm
  • 02/05/2019
  • Komen
Sembunyi ‘Likes’ dan ‘Viewers’, Instagram mahu menentang gejala buli siber
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai yang mengetahui Instagram merupakan sebuah laman sosial yang digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Mengetengahkan konsep perkongsian gambar dan video, pelbagai pihak menggunakan laman sosial ini sebagai sebuah tempat untuk menonjolkan seni gambar tersendiri.

Namun akibat dari jumlah likes bagi setiap gambar dan viewers bagi setiap video menjadi sebuah ukuran populariti, Instagram telah dijadikan sebuah laman sosial yang toksik kerana cemburu, dan dijadikan sebagai sebuah persaingan. Lantas daripada itu, Adam Mosseri, ketua aplikasi tersebut serta pasukannya telah menjalankan ujian eksperimen menyembunyikan jumlah likes dan viewers di Canada.



Jumlah likes dan viewers akan disembunyikan

Menurut Mosseri, walaupun jumlah likes dan viewers di sembunyikan, namun pencipta pos masih lagi boleh melihat pengikut yang likes gambar mereka. Selain itu, Instagram juga telah mereka semula profil untuk menjadikan jumlah pengikut sesebuah akaun kurang menonjol.

Walaupun, jumlah likes masih akan memberi kesan bagaimana algoritma meletakkan kedudukan pos dalam suapan, jika dilancarkan, perubahan tersebut akan memfokuskan semula Instagram pada ekspresi diri dan bukan tempat pertandingan populariti.



“Tujuan ujian ini dijalankan adalah kerana kami mahu pengikut anda memberi tumpuan kepada foto dan video yang anda kongsi, bukan berapa banyak likes yang diperolehi,” tambah Adam Mosseri.

Demi menentang kes buli di laman sosial

Pada pembentangan di F8, Mosseri mengumumkan bahawa Instagram tidak hanya ingin menghentikan gejala buli di laman sosial, malah mahu mengetuai pertempuran Internet terhadapnya dengan memperkenalkan tiga ciri baru pada instagram:

  • Ciri “Nudge” baru akan memberi amaran kepada pengguna jika pengikut mereka akan memberi komen yang menyakitkan.
  • “Away Mode” akan menggalakkan pengguna berehat dari Instagram pada bila pengguna menghadapi kehidupan yang tegang, seperti berpindah ke sekolah baru. Mereka tidak perlu memadam akaun mereka, tetapi masih boleh mengekalkan akaun tanpa sebarang notifikasi.
  • “Manage Interaction” akan membolehkan pengguna menetapkan had ke atas bagaimana sesetengah orang berinteraksi dengan mereka tanpa perlu menyekat mereka sepenuhnya. sebagai contoh mungkin anda tidak mahu seseorang memberikan komen yang pedas pada gambar anda, tetapi masih like pos mereka. Atau mungkin pengguna tidak kisah dengan pengikut mereka melihat foto mereka tetapi tidak mahu mendapatkan DM dari mereka.

Bukan itu sahaja, beliau juga mahu menjadikan Instagram sebuah tempat perkongsian gambar dan video yang tidak bertoksik. Jika ujian tersebut berjaya, pihak Instagram akan melaksanakan ciri-ciri tersebut pada peringkat global.

Sumber: Tech Crunch

Tags: instagram
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Sembunyi ‘Likes’ dan ‘Viewers’, Instagram mahu menentang gejala buli siber

Sembunyi ‘Likes’ dan ‘Viewers’, Instagram mahu menentang gejala buli siber

2 May 2019
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN