fbpx

Sembunyi ‘Likes’ dan ‘Viewers’, Instagram mahu menentang gejala buli siber

Ramai yang mengetahui Instagram merupakan sebuah laman sosial yang digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Mengetengahkan konsep perkongsian gambar dan video, pelbagai pihak menggunakan laman sosial ini sebagai sebuah tempat untuk menonjolkan seni gambar tersendiri.

Namun akibat dari jumlah likes bagi setiap gambar dan viewers bagi setiap video menjadi sebuah ukuran populariti, Instagram telah dijadikan sebuah laman sosial yang toksik kerana cemburu, dan dijadikan sebagai sebuah persaingan. Lantas daripada itu, Adam Mosseri, ketua aplikasi tersebut serta pasukannya telah menjalankan ujian eksperimen menyembunyikan jumlah likes dan viewers di Canada.

Jumlah likes dan viewers akan disembunyikan

Menurut Mosseri, walaupun jumlah likes dan viewers di sembunyikan, namun pencipta pos masih lagi boleh melihat pengikut yang likes gambar mereka. Selain itu, Instagram juga telah mereka semula profil untuk menjadikan jumlah pengikut sesebuah akaun kurang menonjol.

Walaupun, jumlah likes masih akan memberi kesan bagaimana algoritma meletakkan kedudukan pos dalam suapan, jika dilancarkan, perubahan tersebut akan memfokuskan semula Instagram pada ekspresi diri dan bukan tempat pertandingan populariti.

“Tujuan ujian ini dijalankan adalah kerana kami mahu pengikut anda memberi tumpuan kepada foto dan video yang anda kongsi, bukan berapa banyak likes yang diperolehi,” tambah Adam Mosseri.

Demi menentang kes buli di laman sosial

Pada pembentangan di F8, Mosseri mengumumkan bahawa Instagram tidak hanya ingin menghentikan gejala buli di laman sosial, malah mahu mengetuai pertempuran Internet terhadapnya dengan memperkenalkan tiga ciri baru pada instagram:

  • Ciri “Nudge” baru akan memberi amaran kepada pengguna jika pengikut mereka akan memberi komen yang menyakitkan.
  • Away Mode” akan menggalakkan pengguna berehat dari Instagram pada bila pengguna menghadapi kehidupan yang tegang, seperti berpindah ke sekolah baru. Mereka tidak perlu memadam akaun mereka, tetapi masih boleh mengekalkan akaun tanpa sebarang notifikasi.
  • Manage Interaction” akan membolehkan pengguna menetapkan had ke atas bagaimana sesetengah orang berinteraksi dengan mereka tanpa perlu menyekat mereka sepenuhnya. sebagai contoh mungkin anda tidak mahu seseorang memberikan komen yang pedas pada gambar anda, tetapi masih like pos mereka. Atau mungkin pengguna tidak kisah dengan pengikut mereka melihat foto mereka tetapi tidak mahu mendapatkan DM dari mereka.
BACA  Miliki iPhone 11 Sekarang Tanpa Perlu Tempahan, Ini Caranya

Bukan itu sahaja, beliau juga mahu menjadikan Instagram sebuah tempat perkongsian gambar dan video yang tidak bertoksik. Jika ujian tersebut berjaya, pihak Instagram akan melaksanakan ciri-ciri tersebut pada peringkat global.

Sumber: Tech Crunch