Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Oppo Reno bersirip jerung sedang menuju ke Malaysia

Siri telefon pintar Oppo serba baru, Reno kini diumumkan akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Ia menampilkan beberapa ciri-ciri baharu yang belum pernah ada di telefon pintar Oppo sebelum ini.

Perkara ini diumumkan oleh Oppo Malaysia menerusi Facebook rasmi mereka. Sebuah gambar berlogo Reno dengan status, Hi Malaysia, I’m Reno! telah dimuat naik di Facebook Oppo Malaysia

Tarikh pelancarannya di Malaysia masih belum diumumkan tetapi ia mungkin akan dijual di Malaysia sebelum tibanya Hari Raya.

Keunikan Oppo Reno ialah pada skrinnya yang tidak bertakuk dan tiada kamera hadapan. Ini kerana modul kamera hadapan ini boleh disembunyikan di dalam badan, dan ia berbentuk seperti sirip jerung.

Selain itu, Reno akan datang dalam dua model. Model pertama datang dengan dua kamera belakang, kamera utama 48MP F1.7 dan kamera kedua pengesan kedalaman 5MP F2.4. Ia akan menerima pemproses Snadragon 710 sebagai kuasa penggerak.

Model kedua Reno lebih menarik, digelar Reno 10x Zoom. Ia dipasang tiga kamera belakang yang menggunakan kamaera utama 48MP F1.7, kamera periskop 13MP F3.0 dan kamera ultra lebar 8MP F2.2. Kamera ini boleh menangkap gambar sehingga 10x zum tanpa terjejas kualiti. Telefon ini juga lebih berkuasa, menggunakan cip Snapdragon 855 di dalamnya.

Di China, Oppo Reno ditawarkan dengan empat warna manakala Oppo Reno 10x dalam dua warna. Ia akan dijual dengan harga berikut:

Oppo Reno 
RAM 6GB + storan 128GB – RMB2,999 (~RM1,838)
RAM 6GB + storan 256GB – RMB3,299 (~RM2,022)
RAM 8GB + storan 256GB – RMB3,599 (~RM2,206)

Oppo Reno 10X zoom
RAM 6GB + storan 128GB – RMB3,999 (~RM2,452)
RAM 6GB + storan 256GB – RMB4,499 (~RM2,578)
RAM 8GB + storan 256GB – RMB4,799 (~RM2,942)

Harganya di Malaysia kebiasannya lebih mahal sedikit dari China. Bagaimanapun, kita tunggu maklumat lanjut dari Oppo Malaysia tentang tarikh pelancarannya di sini.

BACA  Peluang beli Poco X3 dengan diskaun RM 150 dan percuma Black Shark Funcooler kembali