Proton X70 Kini SUV Terpopular Malaysia, Tewaskan 8 Model Luar Negara

Selepas 37 bulan terumbang-ambing melalui kemelut organisasi yang berakhir dengan pengambilalihan Proton Holdings Bhd oleh Geely, rakyat Malaysia hari ini boleh berbangga kerana Proton X70 kini adalah SUV paling popular setakat ini dalah tahun 2019.

1 daripada 5 SUV yang dijual April 2019 ialah Proton X70

Impak kepopularan X70 yang dilancarkan Disember 2018 yang lalu, angka jualan kereta untuk April 2019 mereka kini mencapai 7,011 unit dalam tahun 2019, peingkatan 14.1 peratus berbanding Mac 2019 ataupun 75 peratus berbanding April 2018.

Ia melonjakkan pegangan pasaran kereta Proton kepada 13.6 peratus.

Sekiranya anda berminat untuk memiliki sebuah SUV terpopular Malaysia ini, ada beberapa varian boleh dipilih. Harga-harga Proton X70 (tidak termasuk insurans) adalah seperti berikut:

  • 1.8 TGDi Standard 2WD: RM99,800
  • 1.8 TGDi Executive 2WD: RM109,800
  • 1.8 TGDi Executive AWD: RM115,800
  • 1.8 TGDi Premium 2WD: RM123,800

[Sumber: MalayMail, Gohedgostan]

BACA  Nova 4 turun harga dan datang dengan jam kecergasan percuma