• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rupa Honor 20 Pro bukan lagi rahsia

  • OLEH Najib
  • 3:31 pm
  • 03/05/2019
  • Komen
Rupa Honor 20 Pro bukan lagi rahsia
Share on FacebookShare on Twitter

Tarikh pelancaran siri Honor 20 semakin hampir. Semakin dekat dengan tarikh pelancaran, semakin banyak timbul maklumat berkaitannya. Hari ini, Honor sendiri telah berkongsi rupa sebenar telefon pintar Honor 20 Pro bersama kotak bungkusannya.

Honor 20 Pro ini kelihatan amat serupa dengan Honor View 20. Ini kerana ia memiliki skrin dengan lubang di sebelah atas kiri. Lubang ini menempatkan kamera hadapan untuk mengambil gambar swafoto.



Skrin ini juga kelihatan rata, tidak melengkung di sisi. Sementara bahagian sisi dan atas skrin kelihatan bingkai yang amat nipis, bingkai di bawahnya pula sedikit tebal dari sisi yang lain.

Setakat ini, belum ada maklumat rasmi berkenaan spesifikasinya. Tetapi kita boleh menjangka, ia akan dikuasakan cip terbaru Kirin 980 seperti di View 20 dan Huawei Mate 20. Khabarnya RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 256GB akan diberikan pada Honor 20.



It's an HONOR to meet you. pic.twitter.com/UjfkqhOBql

— Linus Tech Tips (@LinusTech) May 2, 2019

Seperti kebiasannya, siri Honor 20 akan menuruti beberapa ciri-ciri pada Huawei P30. Antaranya menggunakan 4 kamera belakang dengan salah satu darinya menggunakan lensa teleskop periskop. Perbezaan utamanya, sudah pasti tiada cap Leica pada peranti Honor.

Pelancaran siri telefon pintar Honor 20 akan berlangsung pada 21 Mei 2019, bertempat di London. Memandangkan Malaysia ialah pasaran utama Honor, dijangkakan siri Honor 20 ini akan dilancarkan di Malaysia sebelum Hari Raya.

Selain Honor 20 Pro dan Honor 20, Honor Malaysia telah pun melancarkan Honor 20 Lite yang memiliki tiga kamera belakang. Ia telah dijual di Malaysia dengan harga RM949 dan datang dengan storan sebesar 128GB.

Tags: honorHonor 20Honor 20 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Rupa Honor 20 Pro bukan lagi rahsia

Rupa Honor 20 Pro bukan lagi rahsia

3 May 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN