• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone 2019 bakal hadir dengan teknologi antena baru

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 5:21 pm
  • 06/05/2019
  • Komen
Jualan perlahan iPhone XS paksa Apple kurangkan tempahan kali kedua
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang sedia maklum, Apple telah menggunakan liquid crystal polymer (LCP) sebagai bahan utama dalam pembikinan antena pada iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR pada tahun lalu. Namun, menurut penganalisis terkemuka Ming-Chi Kuo, Apple merancang untuk menggunakan bahan modified-PI (MPI) pada iPhone keluaran tahun 2019.

Tujuan penukaran bahan dalam menghasilkan antena iPhone adalah kerana menurut Kuo, beliau percaya bahawa LCP mengehadkan prestasi frekuensi radio (RF) pada antena iPhone XS, iPhone XS Max, dan iPhone XR. Selain itu, ianya juga disebabkan oleh kekangan teknologi dan isu dalam penghasilannya.



Dengan menggunakan bahan MPI, ianya meletakkan prestasi RF pada antena iPhone 2019 sekurang-kurangnya setanding dengan LCP, selain bahan tersebut mudah dihasilkan dan kos penghasilannya yang rendah.

Walaubagaimana pun, Kuo berpendapat bahawa penukaran bahan dalam antena hanya berlaku pada iPhone 2019 sahaja kerana antena 5G pada iPhone keluaran 2020 memerlukan LCP sebagai bahan utama.



Beliau juga percaya bahawa isu yang mengehadkan prestasi RF daripada LCP ini dapat diatasi pada saat penghasilan iPhone 2020.

Bukan itu sahaja, Kuo juga berkata beliau menjangkakan Apple akan menggunakan bahan LCP pada model iPad keluaran akan datang, bermula dari suku akhir tahun 2019.

Sumber: MacRumors

Tags: appleapple iphoneiphone
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

7 Februari 2023

Unifi Mobile turunkan lagi had FUP dan kuota hotspot pelan prabayar tanpa had

4 Februari 2023
TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

4 Februari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Pengguna Yoodo bakal nikmati 5G sebelum Maxis?

Pengguna Yoodo bakal nikmati 5G sebelum Maxis?

3 Februari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER