• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Buka Kotak

Buka Kotak: Realme 3 Pro, Si Pengucar Kacir Segmen Midrange

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:58 pm
  • 06/05/2019
  • Komen
Buka Kotak: Realme 3 Pro, Si Pengucar Kacir Segmen Midrange
Share on FacebookShare on Twitter

Satu lagi telefon midrange yang perlu anda beri perhatian akan tiba di Malaysia tak lama lagi. Realme 3 Pro, di atas kertas specs, ia adalah yang setanding dengan Xiaomi Mi 9 SE tapi dijngkakan dijual pada harga lebih rendah daripada itu.

Realme 3 Pro dijadualakan akan muncul di Malaysia pada 14 Mei 2019 ini, tapi seunit telefon ini tiba di meja editor kami untuk dipandu uji. Telefon ini hadir dengan kotak berwarna kelabu dan oren, warna rasmi jenama itu dan agak unik berbanding jenama lain yang biasanya gunakan warna putih.



Apa ada dalam kotak Realme 3 Pro?

Di dalam kotak, anda akan menemui beberapa aksesori. Yang pertama adalah kepala pengecas VOOC bersama-sama kabel mikro-USB. Agak menarik telefon ini dilengkapi VOOC kerana ia adalah teknologi pengecasan terpantas setakat ini pada sebuah telefon.

Blok pengecas VOOC
Kable USB mikro

Realme maklumkan yang ia boleh diisi dari 0 ke 50% dalam masa setengah jam saja. Tapi masalahnya, anda perlu gunakan kabel khas untuk menikmati pengecasan pantas. Maknanya, ada tak boleh kehilangan salah satu aksesori ini jika ingin ber-VOOC.



Casing lutsinaer boleh lentur

Kemudian, anda juga terima casing lutsinar yang diperbuat daripada bahan mudah lentur bersama-sama beberapa keping kertas dokumentasi dan jaminan.

Realme 3 Pro Ada SoC Power & Bateri Besar

Kalau anda masih ingat, Realme 3 versi biasa diumumkan tak lama dulu di Malasyia. Versi 3 Pro ini masih mengekalkan identiti itu tapi dengan paparan sedikit besar, pada 6.3″ dengan notch kerdil.

Paparan 6.3″ HD Penuh+ dengan notch kerdil

Resolusi versi Pro dipertingkat kepada HD Penuh+ yang pastinya berikan pengalaman multimedia yang baik. Tapi bukan paparan saja yang lebih baik, mari kita pergi ke papan utama.

Spesifikasi Realme 3 Pro

[table “169” could not be loaded /]

Berbanding Helio P60 pada Realme 3, versi Pro ada Snapdragon 710 yang lebih baik. Menemani SoC itu adalah RAM sehingga 6GB dan storan sehingga 128GB. Lebih menarik, ada slot khas untuk mikro-SD untuk anda gunakan dua SIM serentak jika anda bercadang untuk luaskan storan dalaman.

Bahagian bawah ada speaker, port mikro-USB dan jek audio 3.5mm

Satu bahagian lagi yang ingin saya tonjolkan adalah kapasiti besar telefon ini. Ia ada bateri 4,045mAh dengan fungsi pengecasan pantas VOOC 3.0.

Beralih ke jabatan pengimejan, ia hadir dengan konfigurasi dwikamera belakang dengan kamera utama 16MP dan kamera sekunder 5MP. Kamera selfie pula diberikan sensor 25MP.

Dwikamera belakang 16MP + 5MP
Kamera depan 25MP

Harganya di India adalah seperti berikut:

  • RAM 4GB + storan 64GB – INR13,999 (~RM831)
  • RAM 6GB + storan 128GB – INR16,999 (~RM1,011)

Untuk perbandingan, telefon terbaru yang miliki specs setara dengan Realme 3 Pro, Mi 9 SE dijual pada harga bermula RM1,299.

Tags: buka kotakRealmeRealme 3 Pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Netflix cari cara hentikan perkongsian akaun, mahu pengguna membayar lebih

Lebih 100 juta isi rumah dikesan kongsi akaun Netflix, bayaran akan dikenakan tak lama lagi

20 Januari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Buka Kotak: Realme 3 Pro, Si Pengucar Kacir Segmen Midrange

Buka Kotak: Realme 3 Pro, Si Pengucar Kacir Segmen Midrange

6 Mei 2019
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER