fbpx

Yoodo sudah ada eSIM yang boleh diguna di iPhone

Yoodo akhirnya menawarkan eSIM untuk pengguna iPhone terbaru. eSIM merupakan satu-satunya cara untuk pengguna iPhone menggunakan dua sim di telefon pintar mereka.

Pendaftaran eSIM Yoodo di iPhone sangat mudah, tidak perlu menunggu ketibaan kad sim fizikal. Buat masa ini, hanya iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR boleh menggunakan eSIM Yoodo.

Yoodo juga menyatakan, hanya pendaftaran baru boleh digunakan bersama eSIM. Mereka masih dalam proses untuk membolehkan pengguna sedia ada menukar nombor mereka kepada eSIM.

Untuk mendaftar eSIM Yoodo di iPhone amat senang. Bermula dengan memasang aplikasi Yoodo yang boleh dimuat turun di Apple Appstore. Kemudian buka menu dan pilih Activate a SIM > Get Started > Select eSIM.

Pilih Create a new line, dan susun pelan mengikut kesukaan anda. Pilih data, minit panggilan dan SMS yang diperlukan. Selepas memilih pelan, anda perlu memilih nombor telefon.

Setelah selesai semuanya, satu kod QR akan dihantar ke emel yang didaftarkan. Selepas itu, imbas kod QR tersebut menerusi Settings > Mobile Data > Add Data Plan. Kini iPhone anda sudah ada dua sim, satu eSIM dan satu lagi kad sim fizikal.

Dengan eSIM, pengguna boleh melanggan pelan tanpa menggunakan kad sim fizikal. Yoodo menyatakan, pengguna boleh mendaftar banyak eSIM tetapi hanya satu eSIM boleh diaktifkan pada satu masa. Memandangkan iPhone terbaru di Malaysia hanya ada satu slot kad sim nano, eSIM Yoodo boleh dipadankan dengan kad sim telco lain di slot kad sim nano.

[Sumber: Yoodo]

BACA  Penggabungan Digi dan Celcom mungkin gagal dan tidak diteruskan