Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Beli Pelan GrabFood Deluxe RM25 dan terima penjimatan bernilai RM125

Jika anda selalu membuat tempahan makanan melalui GrabFood, maka anda harus mendapatkan pelan baru GrabFood ini. Dengan membayar RM25, anda akan menerima pelbagai penjimatan dari GrabFood yang bernilai RM125.

Bulan puasa ini, pasti lebih mudah jika membeli makanan berbuka melalui GrabFood. Apatah lagi jika anda tidak sempat untuk keluar membeli, atau memasak di rumah untuk menyediakan juadah berbuka. Ketibaan pelan GrabFood Deluxe ini memang tepat pada masanya.

Pelan GrabFood Deluxe ini memberikan pengguna tiga perkara:

  1. 1x Diskaun 40% tempahan GrabFood (Diskaun maksimum RM20 dengan pembelian minimum RM40)
  2. 3x Diskaun RM10 (pembelian minimum RM15)
  3. 15x penghantaran percuma (pembelian minimum RM10)

Hanya bayar RM25 untuk melanggan pelan GrabFood Deluxe dan anda akan menerima penjimatan diatas, bernilai sehingga RM125.

Untuk membeli pelan GrabFood Deluxe ini, ia boleh dilakukan di dalam aplikasi Grab. Lancarkan aplikasi Grab dan pergi ke bahagian Subscription. Anda akan dapat melihat pelan GrabFood Deluxe. Pilihnya dan buat bayaran menggunakan GrabPay. Pastikan ewallet GrabpPay anda memiliki baki mencukupi. Selepas pembelian dibuat, anda boleh menemui semua baucer di dalam bahagian GrabRewards > My Rewards.

Bagaimanapun, tawaran ini terbuka untuk tempahan GrabFood di Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu sahaja. Sila semak dahulu adakah perkhidmatan GrabFood terdapat di kawasan anda.

Satu perkara lagi, pelan ini akan diperbaharui langganannya setiap 30 hari, melainkan anda memberhentikan langganan sebelum kitaran bil seterusnya.

Menurut Grab, apabila pelan ini dilanggan sepenuhnya, ia tidak akan lagi terdapat di dalam aplikasi Grab. Kalau berminat, baik langgan secepat mungkin.

Ketahui lebih lanjut mengenai pelan GrabFood Deluxe bersama terma dan syaratnya di sini.

BACA  Tesco buka seperti biasa, guna aplikasi Scan & Shop untuk kekal jarak sosial