• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rekaan OnePlus 7 tak banyak beza dengan OnePlus 6T?

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 12:40 pm
  • 07/05/2019
  • Komen
Rekaan OnePlus 7 tak banyak beza dengan OnePlus 6T?
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, terbocornya berita rupa dan warna OnePlus 7 Pro, dimana telefon pintar tersebut bakal hadir dengan dua warna yang menarik, Nebula Blue dan Mirror Grey.

Terbaru, tersebar pula berita mengenai rupa bentuk OnePlus 7. Menerusi gambar yang dikongsi oleh seorang pembocor berita Roland Quandt, OnePlus 7 dipercayai bakal mempunyai rekaan notch seperti telefon keluaran OnePlus sebelumnya iaitu OnePlus 6T.



Malah, reka bentuk keseluruhannya juga kelihatan sama seperti 6T kecuali satu butiran kecil iaitu earpiece. Seperti yang dapat dilihat, gril earpiece pada OnePlus 7 kelihatan sedikit luas daripada sebelum ini, bermakna OnePlus 7 mungkin dilengkapi dengan pembesar suara stereo.

Bahagian belakang juga membawa beberapa perubahan kecil seperti lampu LED punyai rekaan bulat dan ia diletakkan dalam bingkai tunggal bersama kamera.



OnePlus 7 ini juga turut bakal hadir dengan cip pemprosesan yang terbaru Qualcomm Snapdragon 855 Octacore SoC dan dipadankan dengan RAM 6 atau 8GB serta 128 atau 256GB memori dalaman.

Selain itu, kamera utama telefon pintar tersebut juga bakal memiliki sensor yang sama seperti OnePlus 7 Pro, Sony IMX586 dengan sekurang-kurangnya 48 megapixel dan penstabilan imej optikal.

Di samping itu, OnePlus juga menggabungkan sensor 5 megapiksel pada kamera utama, yang mungkin hanya untuk memberikan kesan bokeh pada gambar dan bukan untuk zoom atau sebagai kamera sudut lebar.

Selain itu, telefon pintar yang akan diperkenalkan secara lanjut pada 14 Mei 2019 itu juga bakal hadir dengan bateri berkapasiti 3700mAh.

Sumber: GSM Arena, Winfuture

Tags: OnePlusOnePlus 7
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

Rekaan OnePlus 7 tak banyak beza dengan OnePlus 6T?

Rekaan OnePlus 7 tak banyak beza dengan OnePlus 6T?

7 May 2019
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN