• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 20 ada kamera unik yang belum pernah ada di telefon pintar

  • OLEH Najib
  • 10:45 am
  • 08/05/2019
  • Komen
Honor 20 ada kamera unik yang belum pernah ada di telefon pintar
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Honor 20 yang akan dilancarkan pada 21 Mei di London kelak, boleh dikatakan klon kepada siri Huawei P30 dengan harga yang lebih rendah. Jika anda mahu prestasi sehebat P30 pada harga murah, tidak salah untuk meletakkan Honor 20 dalam wishlist anda.

Kini tersebar pula khabar tentang spesifikasi kamera siri Honor 20. Sebuah slaid pembentangan telah dikongsikan, memperlihatkan dengan teliti kebolehan yang akan terdapat pada kamera belakang Honor 20 dan Honor 20 Pro. Satu perkara yang boleh dikatakan, tiada kamera periskop pada siri Honor 20 untuk zum lossless 10x.



Kamera periskop berbentuk petak di Huawei P30 Pro

Kedua-dua telefon pintar Honor 20 memiliki 4 kamera belakang, tetapi dengan spesifikasi yang berbeza. Menariknya, terdapat satu jenis kamera serba baru pada siri Honor 20, yang belum pernah ada pada telefon pintar sebelum ini.

Pada Honor 20, ia memiliki kamera belakang seperti berikut:



  1. Kamera bersudut ultra lebar 117-darjah 16MP F2.2
  2. Kamera utama 48MP sensor Sony IMX 586 F1.8, 4-dalam-1 Light Fusion 12MP
  3. Kamera pengesan kedalaman 2MP F2.4
  4. Kamera makro 2MP F2.4

Honor 20 tidak memiliki kamera teleskop tetapi ia digantikan dengan kamera makro. Kamera makro tidak pernah digunakan di telefon pintar, jadi boleh dikatakan Honor 20 adalah yang pertama menggunakannya.

Kemudian kita pergi pula pada Honor 20 Pro. Spesifikasi kamera belakangnya adalah seperti berikut:

  1. Kamera bersudut ultra lebar 117-darjah 16MP F2.2
  2. Kamera utama 48MP sensor Sony IMX 586 F1.4 OIS, 4-dalam-1 Light Fusion 12MP
  3. Kamera telefoto 8MP F2.4 OIS, 3x zum optikal
  4. Kamera makro 2MP F2.4

Perbezaan kamera Honor 20 Pro ialah ia tidak menggunakan kamera pengesan kedalaman, sebaliknya digantikan dengan kamera telefoto dengan keupayaan 3x zum optikal. Selain itu, kamera utama dan kamera telefoto memiliki penstabil imej optikal (OIS) 4-paksi.

Bertambah unik apabila kamera utama pada Honor 20 Pro memiliki apertur paling luas F1.4, berbanding hanya F1.8 di Honor 20. Apertur yang luas membolehkan lebih banyak cahaya ditangkap, menjadikan gambar lebih cerah. Ini adalah apertur paling luas terdapat di telefon pintar.

Spesifikasi kamera Honor 20 Pro ini selari dengan gambar petunjuk yang dikongsi Honor Malaysia semalam, bersama tagar #CaptureWonder. Sedikit sebanyak, maklumat yang terbocor ini boleh diterima tetapi kita masih perlu menunggu pengesahan rasmi dari Honor sendiri.

Majlis pelancaran siri Honor 20 akan berlangsung di London pada 21 Mei 2019. Semua perkara tentangnya terutama sekali harga, pasti akan diumumkan pada acara tersebut.

[Sumber: GSMArena, Slashleaks]

Tags: honorHonor 20Honor 20 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Honor 20 ada kamera unik yang belum pernah ada di telefon pintar

Honor 20 ada kamera unik yang belum pernah ada di telefon pintar

8 May 2019
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN